ihsan google |
Situasi: dalam masjid, beberapa milisaat sebelum solat jumaat.
Tok Imam: betul dan rapatkan saf... Allaaaaaahu akbar...
Aku: (dalam hati) aku nak rapat belah mana ni? Aku rapat belah kiri, pakcik ni dok lari.. aku panggil orang blakang, dia takmau mai depan sebab sempit.. aku rapat belah kanan la.. pakcik ni dok panggil suruh rapat kat dia.. dah aku rapat, dia dok lari plak dia ni..
Last last aku solat jumaat sorang sorang dalam ruang yang luas antara dua pakcik yang takutkan aku.. =_="
ihsan google |
Aku tak tau la nak bagitau macam mana dah. Rasanya semua tau yang rapatkan saf tu wajib. Aku bagi la hadith satu.
Hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:
Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: Betulkan saf-saf dan samakan antara bahu, tutupi ruang kosong, capailah tangan saudaramu (untuk membetulkan saf), jangan biarkan ada ruang untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saf pasti Allah akan sambungkan (rahmat) kepadanya, sesiapa yang memutuskan saf pasti Allah akan memutuskan (rahmat)-Nya.
Aku malas la nak copy and paste hadith banyak banyak.. tapi tau sendiri la yang rapatkan saf tu wajib..
Rapat macam mana? Rapat sampai bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali, tumit sebaris dalam satu line lurus. Paham dak? ok dah...
credit: ibnuDDin.com |
aku nak mintak tolong kat semua kawan kawan aku dan pembaca blog aku, rapatkan saf waktu solat.. please. kalau kita solat pon takleh nak rapat, kalau kat dunia luar macam mana pulak? kalau kita masih renggang tak bersatu, macam mana kita nak hapuskan Zionis laknatullah?
Marilah kita bersatu... Rapatkan saf.. Mari sama sama doakan keselamatan saudara kita di Palestin. Amin...
*sebenarnya aku dah takda idea nak tulis apa. tadi waktu solat jumaat, syaitan dok curah macam macam idea kat aku. ciss! tak pasal pasal aku tak khusyuk. tambah pulak dengan pakcik tu dok lari dari aku. hmm...
**tak pernah pernah aku printscreen benda dari facebook and then post kat blog. berjangkit dari sorang blogger tu la..
***Aku rindukan Doa Wahdah berjemaah kat surau SBPI Kubang Pasu dulu... :'(
Alhamdulillah...
hahaha pasal sebab dan akibat tu mmg brilliant =p
ReplyDeletebtw idea2 dan ilham bukan dari syaitan okies... kita terfikir maybe pada waktu yg xberapa kena tp still semuanya dari Allah juga =p
Bukan syaitan nak menghasut bg kita tak khusyuk ke abang yui? :O
Deletewonderful submit, verу infοrmative. Ι
ReplyDeletewonԁer why the оther specialists of thіs sectοr
do not nоtiсe thiѕ. You muѕt continue
yοuг writing. I'm sure, you'vе а gгeаt readers' base already!
Here is my web blog; hcg diet dangers