Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Wednesday 12 March 2014

Jom Positif!

Situasi: Pada suatu tengahari yang panas terik, Syamim dan Imran sedang lepak di gerai Ah Seng sebelah panggung wayang lama Pekan Baling sambil minum air tebu. Syamim merupakan sepupu kepada Imran. Syamim seorang bujang berusia 21 tahun yang masih belajar erti kehidupan. Imran pula berusia 32 tahun, sudah berumah tangga, mempunyai dua orang puteri comel dan membuat bisnes sendiri.

Imran: *bercakap di telefon* Oh, sorilah bang. Saya still kat kampung ni. Ada urusan keluarga sikit. Esok saya balik ke KL, saya cuba usahakan macam mana. Masalahnya sekarang kami takda cash. Cek lambat approve. Ok. Terima kasih. Assalamualaikum.
Syamim: Susah noh takdak cash?
Imran: Hahaha.. *senyum kelat* Tu lah. Nak buat macam mana. Company semua bayaq guna cek. Kami nak buat projek pun susah sebab takda cash nak beli barang-barang keperluan.
Syamim: Hmm.. *meneguk sedikit air tebu*
Imran: *sambil mmenggulung rokok daun* Susah oo hidup sekarang. Nak bayaq loan macam-macam, nak sara anak sekolah lagi. Tapi apa pon, kita tak boleh stress kena sentiasa positif. Kalau masalah mai, kita gelak ja. Kalau kita dok stress pikir, tak pasai ja kita dok tak happy. Buatpa nak stress? Tak syok pon.

Syamim dan Imran menikmati air tebu sehingga habis dan kemudian pulang ke rumah kenduri.

***********************

Apa yang Syamim belajar dari situasi di atas, hidup ni penuh macam-macam dugaan dan masalah. Tapi how we deal with all the challenges and problems is very important.

Bila didatangi masalah, you need to solve it. Bukan lari dari masalah.
Aku ada satu thoughts yang telah membuatkan aku simpul satu teori mengatakan fitrah manusia ni memang akan berhadapan dengan masalah instead of lari dari masalah. Aku terpikir thoughts ni lepas baca komik doraemon.

***Nobita sedang jalan-jalan di suatu petang. Tiba-tiba ada bola besbol datang dari atas langit laju bergerak ke arah Nobita. Instead of lari dari terkena bola besbol tu, Nobita just menutup mukanya menggunakan tangan. Poooommm!! Bola besbol tu terkena kepala Nobita lalu dia pulang ke rumah mengadu kepada Doraemon.....***


So itulah yang kita boleh nampak. Bola besbol tu diibaratkan sebagai masalah yang datang. Ni baru situasi cerita Doraemon. Belum situasi cerita Spiderman, Transformers, Avengers apa semua.

Bila didatangi masalah, kawal emosi kita. Kalau emosi, masalah akan jadi worse, bertambah teruk. Cuba kita relax dan settle elok-elok. Rasa senang sikit nak selesaikan.

Bila didatangi masalah, always be positive. Kalau kita negative, masalah tu cuma akan buat hidup kita tak aman. So, kita just jadi positive. Hidup lebih gumbira dan aman kepala otak. Betoi dak? Kalau dok pikir ja masalah, kita akan stress dan moody tak pasal-pasal. Syok ke macam tu? Sumpah tak syok!

Satu lagi yang aku rasa perlu, forgive and forget. Kalau kita just forgive, tapi kita ingat kesalahan, hidup kita tak happy. Kita dok rasa macam nak ungkit ja kesalahan lepas tu.
Kalau kita forgive and forget, aman kepala otak. Tak payah semak kepala dok pikir. Serius aku cakap. Sebab aku memang jenis ni. Buat apa nak ingat kesalahan lepas? Kalau ingat untuk amik pengajaran takpala, tu maknanya kita positif. Tapi kalau dok ingat kesalahan lepas, then dok buat muka serabut, tak syok pon.

Jom jadi positif! Jom jadi gumbira!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 3 January 2014

Jenis-jenis Manusia yang Datang ke Masjid

Bismillahirrahmanirrahim...

Esselemu'eleikum.. haha.. kena bagi salam dlu sebab nak cakap pasal masjid.. Astaghfirullah.. Hipokritnya aku.. Haha. so, dalam entri ni aku nak cerita beberapa jenis manusia yang datang ke masjid.. amaran keras kepada sesiapa yang berminda tertutup dan hati kering tanpa humor, sila jangan baca.. ulangan, amaran keras kepada sesiapa yang berminda tertutup dan hati kering tanpa humor, sila jangan baca.. saja ulang dua kali nak bagi panjang sikit entri.. Mohon jangan ejek atau perli kawan kawan.. 😭

dalam entri ni aku bukan nak double standard or nak mengaibkan mana-mana pihak cuma sekadar buat bacaan. entri ni adalah berdasarkan judgment aku selepas analisis.. actually aku bukanlah jenis yang rajin pergi ke masjid sangat pun.. tapi boleh kata selalu jugak la aku pergi ke masjid.. ditakdirkan pulak aku bekerja kat sebuah masjid lebih dari sebulan, aku dapat analyse banyak jugak la jenis orang yang datang ke masjid ni..

maybe niat manusia-manusia ni datang ke masjid memang untuk beribadat kepada Allah, tapi apa yang mereka buat kat masjid tu yang membuatkan aku tertarik nak bercerita kat sini.

ni la masjid yang aku keja tu.. Masjid Kampung Tunku, SS1, PJ
ni jalan aku nak pi masjid.. laluan belakang yang dipenuhi dengan
 dugaan di waktu malam sebab ada anjing selalu lompat
keluar pagar dan kejar aku.. pffffttttt

ok, balik ke matlamat asal.. aku akan ceritakan ragam-ragam orang yang datang ke masjid ni.

1. Untuk beribadah
of course la.. nama pun rumah Allah, masjid (bahasa 'Arab: tempat sujud), mestila orang datang nak beribadah. waktu aku kerja kat masjid tu, start bulan puasa 2012.. so aku tengok ramai la yang datang beribadah. Alhamdulillah. bagus la tu.

2. Untuk meminta derma dari masjid dan pengunjung masjid.
yang tu aku selalu jugak nampak. mostly bukan orang melesia la stakat ni yang aku nampak. pernah nampak orang Asia Barat, rasanya Iraq kot.. lpas tu ada jugak dari Pakistan. yang dari Pakistan tu datang dua orang bawak beg n surat2 dari kerajaan melesia dan kerajaan depa.. Depa mai time lepas habis solat Jumaat tapi dekat2 nak masuk asar dah la.. Aku kata la kat depa takda orang kat masjid.. Aku sorang ja.. Then depa nak mintak derma kat aku.. Depa kata derma nak buat masjid dan sekolah anak yatim.. Memikirkan keadaan aku yang tengah pokai dan belum lagi dapat gaji, aku terpaksa menolak dari menderma.. Iyalah, aku dok rumah makcik pakcik aku free, makan free, memang aku tak pi mana mana.. Duit dalam wallet pun ada seploh hinggit ja. So, aku tak menderma.

3. Untuk meminta sedekah dan derma (orang persendirian)
Hat nombor 2 tu tadi derma banyak banyak.. Ni hat nak mintak derma sikit sikit pulak.. Setakat ni ada yang sakit lelah, ada yang homeless and ada yang sakit apa lagi tah aku tak ingat datang mintak derma kat pengunjung masjid. Kalau takda orang sedekah, dia pi jumpa Dr. Basir.. Dr. Basir ni urus hal ehwal masjid tapi dia bukan S/U atau Nazir mahupun Siak.. Aku tak ingat apa jawatan beliau tapi yang pasti dia ada jawatan la.. So selalu la dia bagi duit kat orang yang datang mintak sedekah ni. Taktau la duit dia atau duit masjid.. Tapi aku rasa macam masjid ni ada dana banyak nak bagi kat orang orang susah..

4. Untuk makan atau berbuka puasa (Ifthooorr)
Time aku keja kat masjid tu time bulan puasa, so memang ramai la yang datang bukak puasa kat masjid.. Makanan semua best best oi.. Every malam jumaat ada catering pulak.. Makan lagi best.. Ada yang berada sikit datang bukak puasa sekali tapi last last membazir tinggal makanan lebih banyak atas meja (kadang kadang dia sponsor makanan untuk berbuka).. Yang kurang berada yang datang lambat sikit selalu tak berapa cukup makanan.. Ada seorang Indian. Muslim ni dia selalu datang lambat sebab dia habis kerja lambat kot.. So selalu la dia tak sempat nak makan main meal.. Makan cucur cucur ja.. Aku nak simpankan makanan pun tak ut dia tak datang sebab dia macam chipsmore*..

5. Untuk jadi imam
Ini bukanlah kutukan atau perlian, jauh sekali untuk menjatuhkan kredibiliti imam imam masjid.. Tapi ni untuk diambil pengajaran. Datang ke masjid sekadar untuk jadi imam? Kalau tak bertugas untuk jadi imam, tak datang masjid, solat sendiri kat rumah. Jarak rumah dengan masjid just 20 meter kot.. Tak sampai 20 meter aku rasa. But still takleh datang masjid. Sedih.

Ok last...

6. Untuk bermain (applicable for kids under 13 years old)
Ni memang benda wajib. Datang masjid, main kejar kejar, lari lari, menyorok menyorok dan macam macam lagi depa main. Alasan bagi kat mak ayah untuk datang masjid ialah nak mengaji. Hmm... Kalau aku buat bising sikit kat masjid dulu, tobat kena jegil mata dengan ayah aku. Punya la bagus aku ni dulu, pi masjid solat Jumaat, diam tak cakap apa walaupun kawan aku dok cakap macam macam kat aku. Takut kat ayah aku punya pasal. Haha.
Siak: Pakcik Mail
Imam: Ustaz Fendi, Ustaz Ahmad, Ustaz Nik
Bilal: Ustaz Mawardi, Haji Imam Basri

Muka serius 24jam: Dr. Basir
Hahaha...

Okaylah, setakat ni ja kot..

*kejap ade, kejap takde (baca macam budak dalam iklan chipsmore tu)

Elhemdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 16 November 2012

Entri Solat Jumaat: Pakcik-pakcik yang Penakut

Bismillahirrahmanirrahim...

ihsan google

Situasi: dalam masjid, beberapa milisaat sebelum solat jumaat.

Tok Imam: betul dan rapatkan saf... Allaaaaaahu akbar...
Aku: (dalam hati) aku nak rapat belah mana ni? Aku rapat belah kiri, pakcik ni dok lari.. aku panggil orang blakang, dia takmau mai depan sebab sempit.. aku rapat belah kanan la.. pakcik ni dok panggil suruh rapat kat dia.. dah aku rapat, dia dok lari plak dia ni..

Last last aku solat jumaat sorang sorang dalam ruang yang luas antara dua pakcik yang takutkan aku.. =_="

ihsan google
Haahhhhh.... *mengeluh.. kemon la pakcik..(baca bunyi macam pokemon) tok imam suruh rapatkan saf kot.. yang dok pi lari jauh jauh tu pasai pa.. haaihh.. letih aih.. saya bukan gengster.. saya bukan nak bunuh or culik or rompak pakcik.. saya bukan pondan.. adoila pakcik.. buat pa nak lari jauh jauh? Takkan geli dengan saya..

Aku tak tau la nak bagitau macam mana dah. Rasanya semua tau yang rapatkan saf tu wajib. Aku bagi la hadith satu.

Hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: Betulkan saf-saf dan samakan antara bahu, tutupi ruang kosong, capailah tangan saudaramu (untuk membetulkan saf), jangan biarkan ada ruang untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saf pasti Allah akan sambungkan (rahmat) kepadanya, sesiapa yang memutuskan saf pasti Allah akan memutuskan (rahmat)-Nya.

Aku malas la nak copy and paste hadith banyak banyak.. tapi tau sendiri la yang rapatkan saf tu wajib..
Rapat macam mana? Rapat sampai bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali, tumit sebaris dalam satu line lurus. Paham dak? ok dah...

credit: ibnuDDin.com
aku nak mintak tolong kat semua kawan kawan aku dan pembaca blog aku, rapatkan saf waktu solat.. please. kalau kita solat pon takleh nak rapat, kalau kat dunia luar macam mana pulak? kalau kita masih renggang tak bersatu, macam mana kita nak hapuskan Zionis laknatullah?

Marilah kita bersatu... Rapatkan saf.. Mari sama sama doakan keselamatan saudara kita di Palestin. Amin...

*sebenarnya aku dah takda idea nak tulis apa. tadi waktu solat jumaat, syaitan dok curah macam macam idea kat aku. ciss! tak pasal pasal aku tak khusyuk. tambah pulak dengan pakcik tu dok lari dari aku. hmm... 
**tak pernah pernah aku printscreen benda dari facebook and then post kat blog. berjangkit dari sorang blogger tu la.. 
***Aku rindukan Doa Wahdah berjemaah kat surau SBPI Kubang Pasu dulu... :'(

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 24 August 2012

Concave Mirror and Convex Lens Formula Diagram

Bismillahirrahmanirrahim...

Asslamualaikum...

Orang semua sibuk pakat post entri pasal raya, aku nak bagi semua stop sat pikir pasal raya. nak bagi takut sikit SPM dah dekat woi! raya tak ingat akhirat...(adapted from quote Abang Hamri).. mintak halal copyright ok abang hamri..

ok dah.. hari aku nak post pasal satu benda yang aku rasa agak berguna jugak la.. Kalau korang budak budak sekolah menengah tingkatan 4 and 5 korang tau la kot tajuk Chapter 5, Physics Form 4.. Cuba teka tajuk apa? Pakcik pakcik dan makcik makcik yang dah tua yang dulu pernah belajar Fizik pun teka la kalau nak. Tak pasal pasal aku jadi Dora The Explorer dok tanya orang kuiz teka teki pulak.

jawapannya ialah Light.. ataupun bagi oldfolks yang belajar waktu tak guna PPSMI tu tajuk Cahaya la kot.. aku rasa kalau guna PPSMA (Arab), mesti nama tajuk tu Noor.. haha.. ok, hambar..

so straight to the point, aku tak fokus semua benda dalam chapter ni sebab aku dulu paling jahil sekali fizik tajuk ni la.. belajar tajuk ni dekat dekat nak habis form 4 dah, memang main main la.. aku cuma nak fokus kepada 4 benda:

1) CONCAVE MIRROR
2) Convex Mirror
3) Concave Lens
4) CONVEX LENS

Ok, actually aku nak fokus lebih kat nombor 1 dan 4 sahaja.. Sebab nombor 2 dan 3 senang sikit.. sebelum apa-apa, aku nak tegaskan kat sini, aku bukan nak ajar cara nak lukis ray diagram dan aku ajar tajuk ni berdasarka buku teks dan buku rujukan taraf SPM. kalau ada khilaf dengan website physics memang aku tak bertanggungjawab sebab ni dari buku teks.. aku nak tulis ni pun aku study balik tajuk ni tau!

**********************************************************************************

CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS
view dan download PDF file formula diagram diatas.

Arahan dan cara nak guna formula diagram ni:
(saja aku tak masukkan cara nak guna formula diagram ni kat dalam gambar or pdf file tu)

1. Tentukan di mana position object anda.
2. the characteristics of the image formed are based on where the object lie.

Contoh cara nak guna formula diagram.
position nombor tu menunjukkan position object. so image formed for each number will be:

no. 1: virtual, upright, and magnified(bigger than object).
no. 2: real, inverted, and magnified.
no. 3: real, inverted, diminished(smaller than object).
no. 4: real, inverted, same size as object.
no. 5: real, inverted, and magnified.
no. 6*: virtual, upright, and magnified.
no. 7: real, inverted, diminished.

*dalam several website tulis, there will be NO image formed when the object is at position no. 6.. tapi korang semua mesti ikut jawapan buku teks kan? so, there you go.. jawapan dalam buku teks dan most buku rujukan yang famous dan trusted tulis the image will be virtual, upright, and magnified.

AMARAN: formula diagram di atas hanya digunakan untuk CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS. (walaupun tak nampak macam ada convex lens pun).

sorry ray... hahaha.. =3

**********************************************************************************

CONVEX MIRROR and CONCAVE LENS

now untuk Convex Mirror and Concave Lens, just ingat quote di bawah..
"Wherever the object is, the image will always be VIRTUAL, UPRIGHT and DIMINISHED..."- Professor Tak Bertauliah Muhammad Syamim.
 ok.. habis dah apa yang aku nak ajarkan..

**********************************************************************************

kepada junior junior yang muda setahun, sori tak bagitau awal awal pasal ni. kepada junior junior yang bakal ambil SPM, semoga tak terlambat. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM. kepada yang baru form 4, anda pun bakal ambil SPM. kepada adik2 menengah rendah, anda pun bakal belejar benda ni.. kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya kat emel, mmysia_spider@yahoo.com ataupun muhammadsyamimharun@yahoo.com

Terima kasih kepada Cikgu2 fizik aku.. Tecer Rihta, Cikgu Hafizh, Cikgu Zameary dan Dr. Phoon.. terima kasih kat cikgu-cikgu lain jugak.

selingan: teringat waktu geng kelas 5 imtiaz or 5 itqan bagitau aku yang cikgu zameary panggil aku 'osmosis' sebab dalam kelas dia aku selalu tidoq, tapi bila mai test aku boleh score.. haha (sekali ja score 71 kot, yang lain semua average 50 ja.. haha). sebenarnya dalam semua kelas aku tidur.. sorry, pembetulan.. TERLELAP.. tak sama dengan tidur, ok.. peace!

Maafkan bahasa dan kemerapuan saya.. Terima kasih.

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 25 November 2011

The King and The Boy : Story from The Holy Quran

Bismillahirrahmanirrahim...

It's been a quite long period i've not updating my blog.. Last weekend, I went to Rehlah Wida' under TSM.

TSM means Tarbiyyah Sampai Mati (Tarbiyyah till dead) or Taylor's Sunway Monash.

The purpose of Rehlah Wida' is to strengthen the ukhuwah (bond) between Muslim's brother's from these 3 universities and maybe the last time we're together before some seniors are going to pursue their studies overseas. Wida' means good bye. So, this rehlah means to say farewell to the seniors.

But, I'm not going to talk about rehlah in this entry. I'm going to share with the readers about a story that I've learnt during the rehlah.

On the first day, each group were given a Quranic verse and based on the verse, we must present something to show the meaning of the verse during the cultural night.


We were given this ayat. Surah Muhammad, 47:7

O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet.


So, one of my group members came out with an idea about acting the scenes based on the story from Surah Al Buruuj, 85:4...
Cursed were the companions of the trench

So the story begins..........

Imam Ahmad recorded from Suhayb that the Messenger of Allah said:
Among the people who came before you, there was a king who had a sorcerer, and when that sorcerer became old, he said to the king, "I have become old and my time is nearly over, so please send me a boy whom I can teach magic.'' So, he sent him a boy and the sorcerer taught him magic. Whenever the boy went to the sorcerer, he sat with a monk who was on the way and listened to his speech and admired them. So, when he went to the sorcerer, he passed by the monk and sat there with him; and on visiting the sorcerer the latter would thrash him. So, the boy complained about this to the monk. The monk said to him, "Whenever you are afraid of the sorcerer, say to him: `My people kept me busy.' And whenever you are afraid of your people, say to them: `The sorcerer kept me busy.''' So the boy carried on like that (for some time). Then a huge terrible creature appeared on the road and the people were unable to pass by. The boy said, "Today I shall know whether the sorcerer is better or the monk is better.'' So, he took a stone and said, "O Allah! If the deeds and actions of the monk are liked by You better than those of the sorcerer, then kill this creature so that the people can cross (the road).'' Then he struck it with a stone killing it and the people passed by on the road.

The boy came to the monk and informed him about it. The monk said to him, "O my son! Today you are better than I, and you have achieved what I see! You will be put to trial. And in case you are put to trial, do not inform (them) about me.''The boy used to treat the people suffering from congenital blindness, leprosy, and other diseases. There was a courtier of the king who had become blind and he heard about the boy. He came and brought a number of gifts for the boy and said, "All these gifts are for you on the condition that you cure me.'' The boy said, "I do not cure anybody; it is only Allah who cures people. So, if you believe in Allah and supplicate to Him, He will cure you.'' So, he believed in and supplicated to Allah, and Allah cured him.

Later, the courtier came to the king and sat at the place where he used to sit before. The king said, "Who gave you back your sight''The courtier replied, "My Lord.'' The king then said, "I did'' The courtier said, "No, my Lord and your Lord - Allah'' The king said, "Do you have another Lord beside me'' The courtier said, "Yes, your Lord and my Lord is Allah.'' The king tortured him and did not stop until he told him about the boy. So, the boy was brought to the king and he said to him, "O boy! Has your magic reached to the extent that you cure congenital blindness, leprosy and other diseases''He said, " I do not cure anyone. Only Allah can cure.'' The king said, "Me'' The boy replied, "No.'' The king asked, "Do you have another Lord besides me''The boy answered, " My Lord and your Lord is Allah.'' So, he tortured him also until he told about the monk. Then the monk was brought to him and the king said to him, "Abandon your religion.'' The monk refused and so the king ordered a saw to be brought which was placed in the middle of his head and he fell, sawn in two. Then it was said to the man who used to be blind, "Abandon your religion.'' He refused to do so, and so a saw was brought and placed in the middle of his head and he fell, sawn in two. Then the boy was brought and it was said to him, "Abandon your religion.'' He refused and so the king sent him to the top of such and such mountain with some people. He told the people, "Ascend up the mountain with him till you reach its peak, then see if he abandons his religion; otherwise throw him from the top.'' They took him and when they ascended to the top, he said, " O Allah! Save me from them by any means that You wish.'' So, the mountain shook and they all fell down and the boy came back walking to the king. The king said, " What did your companions (the people I sent with you) do'' The boy said, "Allah saved me from them.'' So, the king ordered some people to take the boy on a boat to the middle of the sea, saying, "If he renounces his religion (well and good), but if he refuses, drown him.'' So, they took him out to sea and he said, "O Allah! Save me from them by any means that you wish.'' So they were all drowned in the sea.

Then the boy returned to the king and the king said, "What did your companions do'' The boy replied, "Allah, saved me from them.'' Then he said to the king, "You will not be able to kill me until you do as I order you. And if you do as I order you, you will be able to kill me.'' The king asked, "And what is that'' The boy said, "Gather the people in one elevated place and tie me to the trunk of a tree; then take an arrow from my quiver and say: `In the Name of Allah, the Lord of the boy.' If you do this, you will be able to kill me.'' So he did this, and placing an arrow in the bow, he shot it, saying, "In the Name of Allah, the Lord of the boy.'' The arrow hit the boy in the temple, and the boy placed his hand over the arrow wound and died. The people proclaimed, "We believe in the Lord of the boy!'’ Then it was said to the king, "Do you see what has happened That which you feared has taken place. By Allah, all the people have believed (in the Lord of the boy).''So he ordered that ditches be dug at the entrances to the roads and it was done, and fires were kindled in them. Then the king said, "Whoever abandons his religion, let him go, and whoever does not, throw him into the fire.'' They were struggling and scuffling in the fire, until a woman and her baby whom she was breast feeding came and it was as if she was being somewhat hesitant of falling into the fire, so her baby said to her,"Be patient mother! For verily, you are following the truth!''

Malay Translation of The Story.....

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw. pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)*[1] yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:
“Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya; Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya:
“Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; Siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.

Lalu budak itu menjawab, “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; Mana dia kawan-kawanku? jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai dahinya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.
(Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.

Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !

So, we can understand that a baby can speak to her mother by Allah's will. The mother who hesitate to jump into the fire was motivate by her baby to jump into the fire because she's following the truth.

Let us together take some lessons on this story...

Alhamdulillah...






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun