Bismillahirrahmanirrahim...
ok. hari ni aku nak ajaq sikit walaupun aku bukannya terer sangat pun tapi aku nak berkongsi jugak. sapa nak kata tak boleh. aku kata dia boleh blah sebab ni blog aku. ikut suka la aku nak tulis apa pun. aku bukan dok kacau orang pun. aku juz nak share cara memandangkan aku dapat A+ English dalam SPM 2010(bangga sikit). untuk pengetahuan hangpa, cara ni telah diajar oleh seorang guru bahasa inggeris sekolah model khas bukit jenun, pendang, kedah. sir fauzi nama beliau. beliau dah halalkan ilmu ni kat aku, so aku nak share ilmu ni dengan hangpa semua. harap2 dapat membantu. aku halalkan ilmu ni kalau hangpa nak try...
ok, kalau nak buat esei ni, kena ada bahan2 dia dulu. bahan2nya ialah...
1.sebuah esei yang sangat best
2.sebuah thesaurus
3.seorang pemeriksa esei yang terer(cikgu english la tu...)
yang tu je kot aku rasa. pen, kertas, liquid paper, masa, kerusi, meja pa semua xpayah kot..
1. SEBUAH ESEI YANG SANGAT BEST
hangpa kena ada esei dulu. esei yang hangpa nak kena ada tu boleh ditulis berdasarkan pengalaman, bahan bacaan, ataupun ciplakan sama ada dari paper, buku contoh esei atau apa saja. kalau macam aku, aku adapt esei aku dari cerpen Anak Kampung Edisi Kedua karya Awang Abdullah(Pui Tiong Gee). aku rasa macam cerita dia best ja, tu yang aku adapt buat esei aku yang aku guna dalam SPM. kalau hangpa nak tau esei tu best ke tak, hangpa try check binaan plot dan teknik plot esei hangpa tu. kena ada permulaan, klimaks, unsur saspen, konflik, imbas muka dan macam2 lagi la. humor pun boleh jugak kalau nak bubuh. ok kita masuk penerangan bagi bahan kedua dulu. satgi last aku cerita apa yang aku buat dengan esei aku tu.
2. SEBUAH THESAURUS
sapa tak tau thesaurus tu apa? sila angkat tangan macam usop wilcha. ooo... thesaurus hangpa tak tau tapi usop wilcha hangpa tau pulak. haish...tak pa la. pengaruh tv la ni. thesaurus ni merupakan sebuah kamus yang memuatkan perkataan sinonim (ada jugak antonim sikit2) bagi almost setiap perkataan yang ada di dunia ni. kalau thesaurus melayu, bahasa melayu je la. kalau thesaurus english, english je la yang ada. jangan dok pi gatai beli thesaurus kalau nak cari maksud perkataan bahasa melayu dalam bahasa inggeris. thesaurus ni kita guna untuk ganti perkataan2 yang common orang(termasuk diri kita) pakai kepada perkataan2 yang bombastic(bombastic words). bila orang(yang biasa2 english) baca, orang tu mesti susah nak faham. tapi nak ganti perkataan pun berpada-pada la. jangan sampai distorted makna ayat kita. contohnya bila kita tengok dalam thesaurus, ada perkataan yang hebat yang sama maksud dengan perkataan yang kita nak ganti tu. tapi bila kita ganti dalam ayat, maksud perkataan tu jadi tak sesuai sebab orang akan paham kot lain. salah paham. so, pandai2 la hangpa pilih perkataan yang sesuai dan dapatkan khidmat nasihat cikgu english hangpa.
3. SEORANG PEMERIKSA ESEI YANG TERER
bila hangpa dah siap esei, hangpa hantaq(hantar) la kat cikgu english hangpa. suruh beliau check salah grammar, tense, words dan macam2 lagi. pastu hangpa mintak la pendapat cikgu hangpa macam mana nak buat esei hangpa jadi lebih menarik, dan boleh buat orang curious nak baca. guna ayat yang power2 dan jugak idioms, proverbs da macam2 lagi. bila cikgu hangpa bagi balik esei kat hangpa, hangpa buat pembetulan dengan menulis semula esei tu dengan betul dan tambah lagi idea2 yang boleh buat esei hangpa jadi menarik. lepas tu, hantaq lagi kat cikgu hangpa. tanya dia pendapat kot2 boleh tambah idioms and proverbs bagi best lagi esei hangpa. pastu tulis lagi, hantaq lagi. bak kata sir fauzi, 'murni'kan esei hangpa kat cikgu hangpa masing2. secara automatik bila hangpa selalu buat macam tu, hangpa akn boleh hafal esei dalam kepala hotak hangpa. bila dah perfect esei hangpa dengan idioms, proverbs, tense , bombastic words, sense of humor, teknik dan unsur plot yang pelbagai dan patch of clarity di seluruh esei, baru hangpa adapt esei hangpa dalam tajuk2 continuous writing.
bila hangpa dah ada esei yang perfect, hangpa kena try adapt esei hangpa dalam jenis tajuk2 yang selalunya muncul dalam soalan exam. ok, lupa nak bagitau tadi. KALAU IKUT CARA NI, HANYA SOALAN ESEI YANG JENIS SINGLE WORD TITLED ESSAY AND NARRATIVE ESSAY. DESCRIPTIVE ESSAY PUN KADANG2 JE BOLEH GUNA. narrative essay pun selalu da 2 jenis. satu yang jenis dai bagi tajuk dan lagi satu dia bagi ayat suruh kita sambung atau suruh kita akhiri esei kita dengan ayat yang dia bagi tu.
berlatih la banyak2 guna tajuk2 yang pelbagai tu. kalau setakat pen 5 batang dan kertas 1000 helai, tak kisah la nak habis pun asalkan boleh skor.
ok, masuk pasal real life stories pulak. aku tak nak cerita yang aku dulu. aku nak cerita yang pasal esei kawan aku dulu. waktu tu dia buat esei pasal rakyat palestin yang dok kat palestin. waktu tu pulak kes marvi marmara kena serang dengan israel. teacher aku ni pulak orang islam yang warak. dia memang suka gila baca esei kawan aku ni. waktu mid year exam, ada satu single word titled essay question ni. sruh buat essay tajuk silence. kawan aku tu pun cerita la pasal 2 beradik palestin yang berjuang untuk hidup. last sekali si abang tu mati ditembak oleh israel. kawan aku tulis esei tu seolah2 dia berada di tempat yang kena tembak tu. ayat last esei dia yang aku ingat, "the silence was to silence..." memang best esei dia. saspen, lawak (hambar kot), sedih, semangat nak menentang israel pa semua.-lawak hambar syed.
ada pulak sorang kawan aku ni, aku baca esei dia dari mula sampai last, aku tak paham langsung apa yang dia tulis. buka sebab tulisan dia buruk, tapi sebab words yang dia guna almost all bombastic words.
masuk pulak cerita pasal aku. aku adapt cerita aku dari cerpen je. buku cerpen tu pun lebih kurang novel la. aku cari part yang aku rasa best dan aku translate every words, pastu aku tambah sikit starting and ending dia. 8 pages kot. aku edit lagi bagi jadi pendek tinggal 4 pages. cerita yang aku buat ni pasal sorang budak kampung yang hampir mati lemas dalam air banjir. budak ni dia main rakit batang pisang dengan kawan2 dia kat air ban sawah. mula2 cerita, memang pembaca esei aku ni takkan menyangka yang ending dia macma tu sebab aku start dengan cerita budak tu(Adli) kutip ikan darat yang melintasi batas2 sawah bila air dalam sawah hampir penuh akibat musim tengkujuh di sebuah kampung di sebelah pantai timur malaysia. cerita jenis ikan, cerita cara buat rakit dan macam2 lagi. kisah pasal banjir la jugak lebih kurang. kebetulang waktu SPM 2010, muncul tajuk Rain. so aku pun tersenyum sorang2 dalam dewan exam tatkala kawan2 aku yang lain memerah otak untuk meng-adapt-kan esei mereka ke dalam tajuk yang keluar dalm exam. aku tulis la esei aku tu. seriously aku cakap, aku memang tak sempat nak siapkan. so kat ending dia pendek je. saspen pun jadi kurang. so aku memang tak harap english aku boleh dapat A sebab aku ada satu rahsia yang hangpa semua JANGAN IKUT...........
aku tak pernah hantaq esei aku kat teacher untuk dimurnikan.... hehe.....
aku rasa sampai takat ni ja aku nak taip. harap hangpa semua boleh manfaatkan apa yang aku tulis ni..
*aku memang minat english dari darjah 4 lagi.....
ALHAMDULILLAH...
ecece..heehe
ReplyDeletehebat ler nie.,.thniah!!!
heehe
weyh, cmna hg tau blog yana????hehhe
thanks... tgok dalam SBP blogger la...
ReplyDeletebelajar rajin2
ReplyDeletethanx share :)
ReplyDeleteMost welcomed sister.. :)
DeleteGood luck!!
i keep telling my students this but they never listen!! haihh... cabaran btoi mengajaq budak2 sek besa ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanx . it very usefull for my SPM around the corner . so now , i'm on cloud nine . thnx tc !
ReplyDelete