Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Sunday, 5 January 2014

Pinggan Yang Pecah

Bismillah...

"Bedah: Cuba kau jatuhkan pinggan yang kau pegang tu ..
Mail: Ouh okay..
Bedah: Pecah kan?

Mail: Ha'ah pecah..
Bedah: Kau minta maaf dekat pinggan tu cepat..
Mail: Sorry pinggan..
Bedah: Dia bercantum semula tak?
Mail: Mesti la tak bercantum sayang oi..
Bedah: Macam tu la hati manusia.. Sekali pecah, tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal.. Jadi jangan la kita memainkan hati dan perasaan seseorang tu sesuka hati .. Walaupun dah minta maaf, tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal.."

Dalam beberapa minggu ni aku ayik tengok post ni ja banyak kat fesbuk dan twitter.. Naik jemu jugak baca. Tapi ni betul. Betullah pinggan tu takkan kembali bercantum balik. Betullah luka di hati manusia takkan hilang dan kembali seperti sedia kala selepas mintak maaf.

Tapi...

Kaca yang pecah tu boleh jadi elok balik atau jadi something better with a lot of work. Pinggan yang pecah tu try bawak ke pusat kitar semula. Then dengan bantuan orang yang pakar tentang kaca, pinggan tu buleh buat balik jadi botol atau pinggan atau apa apa yang mungkin lebih berharga dan bermanfaat. Boleh jugak buat Corning Gorilla Glass guna kat phone yang touchscreen. Tapi dengan syarat ada usaha untuk bawak pinggan yang pecah tu ke pusat kitar semula. Hmm...

Macam tu jugak hati manusia. Kalau dah 'pecah' hati tu, kena ada USAHA la nak bawak hati tu kepada 'Pakar Hati'. Dengan bantuan 'Pakar Hati', hati boleh jadi elok balik sama ada kembali normal seperti biasa atau pon lebih baik dari biasa. Cumanya kena ada USAHA nak bawak hati kepada 'Pakar Hati'.

John Doe tanya, "Kalau pinggan yang pecah awal awal tadi tu di-recycle and then dibuat benda perhiasan yang cantik dan kemudian benda perhiasan yang cantik tu pecah sekali lagi, macam mana?"

Kalau pecah sekali lagi, boleh di baiki sebab benda tu dah cantik, cuma nak baiki kecacatan, bagi jadi cantik balik. Ataupun, boleh bhilangkan kecacatan dan polish bagi jadi lagi cantik teramat amat. Ataupun boleh recycle jugak sekali lagi.

Begitulah juga dengan hati yang jadi cantik selepas dibawak ke 'Pakar Hati'. Kalau hati yang cantik tu 'pecah' lagi, USAHA la bawak ke 'Pakar Hati' untuk dibaiki kecacatan. Dan mintak kat 'Pakar Hati' suruh bagi hati tu lagi kuat supaya tak 'pecah' lagi lepas ni. Cumanya kena ada USAHA.

The only 'Pakar Hati' is Allah Subhanahu Wata'aala. Kita boleh USAHA bawak hati kita kepada Dia.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu..."

Gambar hiasan: pinggan retak seribu lama ni sangat berharga.


Version lain cerita pinggan pecah...

Bedah: Cuba kau jatuhkan mana mana pinggan dari rak tu ..
Mail: Ouh okay.. *ambil pinggan plastik ringan dan jatuhkan*

Mail: Hahahahahahaha... Tak pecah..
Bedah: Pffffttttt!!!!

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun