Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Monday, 20 January 2014

Judgement

Bismillah...

     Original post here

First time aku tengok gambar ni kat instagram posted by a cousin, aku terkesima. Bukan setakat masyarakat Malaysia saja yang judge orang macam macam. Tapi most people do judge other people. 

"Kita ingat dia pakai macam rock metal gila rambut macam bob marley, kita sangka dia teruk tapi kita taktau dia ajar anak anak dia pasal agama dengan baik sekali."

"Kita ingat dia pakai jubah dan serban, ada title ustaz, kita sanjung dia tinggi tinggi tapi kita taktau dia dok kaunseling(husnudzon) isteri orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel."

"Kita tengok dia bagi ceramah mantap dalam program realiti TV astro oasis yang dulu, tapi kita taktau dia homo."

"Kita nampak dia selalu kacau orang, annoy other people persistently or , tapi kita taktau dia sangat berbakti kat parents dia dan hubungan dia dengan Allah sangat hebat." 

Konklusinya kat sini ada 3.
Pertama: manusia tak perfect, tak sempurna. Selalu buat silap dan buat dosa. Tapi, masih ada harapan. Allah Maha Pengampun. Kalau dah buat dosa, kita boleh belajar dan berubah supaya kita dah tak ulang dosa lama. Bagus dah kalau boleh berceramah menyampaikan ilmu dan nasihat kat orang lain. Tapi kita kena jugak berubah untuk ke arah lebih baik.

Kedua: selalulah bersangka baik. Husnudzon. Saya teringat sahabat saya di SBPI Kubang Pasu dulu, Rosman Razif dia pernah kata kat saya, "Masalah masyarakat kita ni, depa terlalu banyak menghukum dari menilai." Saya ingat ayat tu sampai ke hari ni. The society love to judge people by the first impression without analyzing and evaluating the innate values of a person. Kalau kita boleh bersangka baik kat orang yang nampak bagus pada luaran, kenapa kita tak boleh berlaku adil dengan bersangka baik terhadap orang yang nampak kurang bagus pada luaran?

Ketiga: Islam dah perfect. Tapi kita manusia yang banyak kelemahan ni buatkan Islam nampak kurang elok. Saya tak kata dengan hanya ibadah yang bagus, kita tak perlu tutup aurat. Saya tak kata macam tu. Kita cuma perlu nampak baik dan jadi lebih baik. Ataupun kalau nak stay low profile, biar kita nampak biasa biasa tapi dalamnya sangat baik. Sentiasa improve diri supaya kita jadi baik.

Marilah kita sama sama menggapai redhaNya. Semoga kita diberikan pengakhiran yang baik. Amin...

Pesanan ikhlas buat diriku sendiri yang banyak berdosa dan seluruh masyarakat. Maafkan jika ayat aku mengguris. Spread the love.

Alhamdulillah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. "Kita ingat dia pakai macam rock metal gila rambut macam bob marley, kita sangka dia teruk tapi kita taktau dia ajar anak anak dia pasal agama dengan baik sekali."....Tu mcm Abg Lepat ja...org Penang y kes dia meletup dulu pasal anak dia y nama Azlan tu kn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun