Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday 3 January 2014

Jenis-jenis Manusia yang Datang ke Masjid

Bismillahirrahmanirrahim...

Esselemu'eleikum.. haha.. kena bagi salam dlu sebab nak cakap pasal masjid.. Astaghfirullah.. Hipokritnya aku.. Haha. so, dalam entri ni aku nak cerita beberapa jenis manusia yang datang ke masjid.. amaran keras kepada sesiapa yang berminda tertutup dan hati kering tanpa humor, sila jangan baca.. ulangan, amaran keras kepada sesiapa yang berminda tertutup dan hati kering tanpa humor, sila jangan baca.. saja ulang dua kali nak bagi panjang sikit entri.. Mohon jangan ejek atau perli kawan kawan.. 😭

dalam entri ni aku bukan nak double standard or nak mengaibkan mana-mana pihak cuma sekadar buat bacaan. entri ni adalah berdasarkan judgment aku selepas analisis.. actually aku bukanlah jenis yang rajin pergi ke masjid sangat pun.. tapi boleh kata selalu jugak la aku pergi ke masjid.. ditakdirkan pulak aku bekerja kat sebuah masjid lebih dari sebulan, aku dapat analyse banyak jugak la jenis orang yang datang ke masjid ni..

maybe niat manusia-manusia ni datang ke masjid memang untuk beribadat kepada Allah, tapi apa yang mereka buat kat masjid tu yang membuatkan aku tertarik nak bercerita kat sini.

ni la masjid yang aku keja tu.. Masjid Kampung Tunku, SS1, PJ
ni jalan aku nak pi masjid.. laluan belakang yang dipenuhi dengan
 dugaan di waktu malam sebab ada anjing selalu lompat
keluar pagar dan kejar aku.. pffffttttt

ok, balik ke matlamat asal.. aku akan ceritakan ragam-ragam orang yang datang ke masjid ni.

1. Untuk beribadah
of course la.. nama pun rumah Allah, masjid (bahasa 'Arab: tempat sujud), mestila orang datang nak beribadah. waktu aku kerja kat masjid tu, start bulan puasa 2012.. so aku tengok ramai la yang datang beribadah. Alhamdulillah. bagus la tu.

2. Untuk meminta derma dari masjid dan pengunjung masjid.
yang tu aku selalu jugak nampak. mostly bukan orang melesia la stakat ni yang aku nampak. pernah nampak orang Asia Barat, rasanya Iraq kot.. lpas tu ada jugak dari Pakistan. yang dari Pakistan tu datang dua orang bawak beg n surat2 dari kerajaan melesia dan kerajaan depa.. Depa mai time lepas habis solat Jumaat tapi dekat2 nak masuk asar dah la.. Aku kata la kat depa takda orang kat masjid.. Aku sorang ja.. Then depa nak mintak derma kat aku.. Depa kata derma nak buat masjid dan sekolah anak yatim.. Memikirkan keadaan aku yang tengah pokai dan belum lagi dapat gaji, aku terpaksa menolak dari menderma.. Iyalah, aku dok rumah makcik pakcik aku free, makan free, memang aku tak pi mana mana.. Duit dalam wallet pun ada seploh hinggit ja. So, aku tak menderma.

3. Untuk meminta sedekah dan derma (orang persendirian)
Hat nombor 2 tu tadi derma banyak banyak.. Ni hat nak mintak derma sikit sikit pulak.. Setakat ni ada yang sakit lelah, ada yang homeless and ada yang sakit apa lagi tah aku tak ingat datang mintak derma kat pengunjung masjid. Kalau takda orang sedekah, dia pi jumpa Dr. Basir.. Dr. Basir ni urus hal ehwal masjid tapi dia bukan S/U atau Nazir mahupun Siak.. Aku tak ingat apa jawatan beliau tapi yang pasti dia ada jawatan la.. So selalu la dia bagi duit kat orang yang datang mintak sedekah ni. Taktau la duit dia atau duit masjid.. Tapi aku rasa macam masjid ni ada dana banyak nak bagi kat orang orang susah..

4. Untuk makan atau berbuka puasa (Ifthooorr)
Time aku keja kat masjid tu time bulan puasa, so memang ramai la yang datang bukak puasa kat masjid.. Makanan semua best best oi.. Every malam jumaat ada catering pulak.. Makan lagi best.. Ada yang berada sikit datang bukak puasa sekali tapi last last membazir tinggal makanan lebih banyak atas meja (kadang kadang dia sponsor makanan untuk berbuka).. Yang kurang berada yang datang lambat sikit selalu tak berapa cukup makanan.. Ada seorang Indian. Muslim ni dia selalu datang lambat sebab dia habis kerja lambat kot.. So selalu la dia tak sempat nak makan main meal.. Makan cucur cucur ja.. Aku nak simpankan makanan pun tak ut dia tak datang sebab dia macam chipsmore*..

5. Untuk jadi imam
Ini bukanlah kutukan atau perlian, jauh sekali untuk menjatuhkan kredibiliti imam imam masjid.. Tapi ni untuk diambil pengajaran. Datang ke masjid sekadar untuk jadi imam? Kalau tak bertugas untuk jadi imam, tak datang masjid, solat sendiri kat rumah. Jarak rumah dengan masjid just 20 meter kot.. Tak sampai 20 meter aku rasa. But still takleh datang masjid. Sedih.

Ok last...

6. Untuk bermain (applicable for kids under 13 years old)
Ni memang benda wajib. Datang masjid, main kejar kejar, lari lari, menyorok menyorok dan macam macam lagi depa main. Alasan bagi kat mak ayah untuk datang masjid ialah nak mengaji. Hmm... Kalau aku buat bising sikit kat masjid dulu, tobat kena jegil mata dengan ayah aku. Punya la bagus aku ni dulu, pi masjid solat Jumaat, diam tak cakap apa walaupun kawan aku dok cakap macam macam kat aku. Takut kat ayah aku punya pasal. Haha.
Siak: Pakcik Mail
Imam: Ustaz Fendi, Ustaz Ahmad, Ustaz Nik
Bilal: Ustaz Mawardi, Haji Imam Basri

Muka serius 24jam: Dr. Basir
Hahaha...

Okaylah, setakat ni ja kot..

*kejap ade, kejap takde (baca macam budak dalam iklan chipsmore tu)

Elhemdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun