Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Tuesday, 31 December 2013

Al-Kisah Biniku Berempat

Bismillah...

Ni kisah 4 buah bini aku yang aku sayang..

Bini Pertama: Siti

Bini pertama aku yang aku sayang sangat sangat. Dah agak tua dah. Cepat habis tenaga. Aku selamat ijab qabul bulan May 2012. Tak silap aku 11 May 2012 kot. Tak ingat dah bila anniversary. Dulu dia pernah menang anugerah international apa tah tahun 2011. Tak silap aku The best smartphone 2011 kot. Sejak dari tu aku simpan target nak dapatkan dia. Nama asal bini aku ni Samsung Galaxy S2(G Version). Mula mula dulu aku panggil geleksi estu. Tapi lepas kawin, aku panggil Siti la, baru manja sikit. Setakat ni Siti masih dalam keadaan sihat walafiat dan masih lagi laju. Kadang kadang lag sikit. Biasa la tu. Aku dulu sentiasa la jugak download custom ROM suplemen bagi kat Siti bagi dia sentiasa laju. Ni Suplemen Kit Kat baru dah keluaq. Aku ingat nak tukaq bagi Kit Kat pulak la.. Lama sangat dah kot dok guna suplemen Jelly Bean.. Kencing manih pulak satgi. Aku sayang sangat Siti sebab dia bini tua yang tak bagi banyak masalah. Redha ja aku kawin 4. Siti aku suka bagi pakai merah. Dulu bumper merah. Lepastu tukaq cover merah. Sekarang tak pakai apa apa. Slim ja nampak 9.1milimeter.

Siti yang paling kanan kelihatang cantik menggayakan bumper alloy merah.

Bini Kedua: Jenny

Bini kedua ni paling mahal hantaran antara semua bini bini aku. Maintenance pun mahal. Tapi masa bersama sangat best. Aku buleh pi sampai 130km/h la kalau dengan Jenny. Tu pun aku rasa tak berapa puas lagi. Kalau boleh nak Jenny laju lagi. Aku kawin dengan Jenny dari pakcik Yamaha pada 11 Februari 2013 melalui orang tengah iaitu ayah aku dengan hantaran RM6.4k. Jenny ni jenis 135LC yang takdak clutch. So murah sikit la dari kakak adik dia hat ada clutch. Waktu lepas ijab qabul, aku tengok kat Jenny tulis K** 7661. Terus dapat nama Jenny dari nombor tu. Kisah aku dengan Jenny memang best. Aku pernah accident dengan Jenny (dan Hamri) kat Sepang tapi bukan kat Sepang circuit sewaktu on the way nak ke PD. Memang sedih tengok keadaan Jenny time after accident tu. Kos rawatan Jenny dekat RM300 jugak la. Now dah okay. Buleh naik macam biasa. Cuma kadang2 servis Jenny yang makan duit sikit. Jenny bawak aku pi KL, pi rumah pakcik makcik aku n pi lepak mana mana. Sayang gila kat Jenny.

Jenny sedang mandi baru baru ni.

3. Bini Ketiga: Sue

Bini ketiga aku jumpa kat Low Yatt, terus kawin kat situ aku memang dok target Sue ni lama dah. Dok usha kat internet. Tapi tak sure nak pilih mana satu sebab ada 6 orang adik beradik dia yang seiras and performance lebih kurang sama dengan dia. So mula mula aku target nak beli adik dia sebab adik dia guna i7. Tapi ramai orang kat Low Yatt kata takda stok adik dia. Then ada uncle ni bagitau kata adik dia guna i7 pun, processor speed tak sampai 2.0 GHz pun sebab adik beradik depa jenis slim Ultrabook ni. So uncle tu nasihat aku suruh beli yang i5. So aku cari la kat mana hat letak hantaran murah. Last last jumpa yang paling murah kat satu kedai ni. Kedai ni pernah dapat Anugerah Kedai Harga Patut dari KPDNKK. So aku percaya la sikit. So aku pilih la Sue ni. Sue guna processor i5, size 15.6 inch. Promoter tu ada jugak dok promote Dellilah. Aku kata kat dia, Dellilah ni bateri cepat rosak. Then dia tanya kenapa takmau ambik yang boleh touchscreen. Aku kata sebab takmau orang main touch bini aku suka suka hati. So aku suruh upgrade RAM Sue jadi 10GB and after that sah Sue menjadi milik aku dengan hantaran sebanyak RM 2.3k pada bulan April 2013. Anak pakcik ASUS ni memang terbaik la. Tapi semenjak dua menjak ni Sue ada problem sikit nak bangun tidur. Kena bukak boot manager dulu baru Sue terjaga.

Tengok movie guna Sue.

4. Bini Keempat: Nana

Nana aku baru kawin dia waktu baru start sem 3 haritu. Hujung bulan Ogos 2013 aku pi cari kat Celcom sebab aku nak letak sim kat dalam Nana so that aku boleh guna internet senang. Aku nak beli Nana ni sebab battery dia tahan lama. Itu ja. And reason aku beli sebab aku nak study notes guna Nana senang kat mana mana tanpa perlu bawak notes banyak banyak. Aku pi ke Celcom nak beli yang 32GB kaler hitam (sebab 16GB macam sikit sangat, 64GB macam banyak sangat and kaler hitam macam hipster sikit sebab putih mainstream sangat).. Then dia kata takda stok. Ada iPad Mini ada ja. Aku takmau mini sebab kecik, tak puas tengok. Dia kata boleh order, kalau ada sampai, dia akan call. Dia kata 32GB susah nak dapat stok, so better order yang 64GB. So aku okay je la. 2 hari kemudian, tengah aku dok baring atas lantai rumah sewa yang sejuk lepas makan nasik lauk ayam masak sendiri, phone bunyi. Brader Eallyzul call tanya nak tak 32GB kaler putih. Tanpa buang masa, aku terus lenjan Jenny ke Celcom Cube. Masuk Celcom Cube, jumpa Eallyzul (staf celcom berjantina lelaki) aku bagi debit card kat dia, dan aku sign kat slip bank tu maka sahlah Nana jadi bini no empat aku. Nana dah banyak bagi aku senang. Senang belajaq, senang online. Finals baru-baru ni banyak aku study guna Nana. Tak payah print notes banyak banyak. Nana ni iPad 4 with Retina Display and Lightning Connector.


Nana time awal awal beli dulu.

Itu je la cerita pasal bini aku setakat ni. Bini muda sayang lebih tapi bini tua pun still sayang.



Alhamdulillah...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun