Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Saturday, 22 September 2012

Baiti Jannati...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.. It has been a while since i last updated my blog. so dalam post kali ni aku nak cerita pasal perubahan dan cahaya rahmat yang aku bawak masuk ke rumah sewa aku di Lagoon Perdana.. ceewaahhhh ayat.. kelass gitu.. haha

so basically aku tak tau nak cerita apa sangat pon.. aku start tinggal or menetap sebagai penyewa free(sementara tunggu elaun MARA) kat rumah ni hari ahad 9 haribulan haritu.. kiranya dah 2 minggu la aku dok rumah ni.. rumah aku duduk ni nampak ja macam best, tapi sangat jauh dari entrance. block aku duduk paling jauh dgn entrance, kurang 1 tingkat dari tingkat last n rumah nombor **.. agak letih la kalau nak jalan prgi kedai kat luar entrance tu..
rumah ni betul betul sebelah tol LDP.. lintas LDP, sampai Taylor's Lakeside..
- gambar sebenar tapi curi dari gugel imej
nampak lawa kan? tapi... cuba duduk sini seminggu tengok.. kalau sapa yang anak mak tu, memang tak boleh survive punya.. lintas LDP sampai ke Taylor's kan aku cakap? ya memang betul. tapi nak melintas tu penuh dengan cabaran, dugaan dan kenderaan.. lintas LDP ni lalu ikut flyover.. nasib baiklah tak kena lintas kat tol. kalau ikut flyover tu memang kereta, motor, lori, treler, basikal dan kenderaan kenderaan sewaktu dengannya lalu rapat gila lah.. perumpamaannya seperti telinga dilenyek oleh tayar kereta.. hanya ayah aku paham kalau sebut telinga kena tindih kereta.. haha.. fortunately aku naik moto dengan nabil selalunya.. ni helmet baru aku.. haha..
mahal woo aku belii...

ok, now pasal dalam rumah pulak.. on the first day aku masuk rumah ni, aku dah beli barang barang mentah untuk memasak kat rumah ni since ada dapur dan gas.. so sekarang ni, selalunya aku masak la.. dan kecik, awang, pokyeng and abang rex jadi tentera kerahan aku la.. aku suruh masak nasik, potong bawang, n buat la apa yang patot.. sebelum aku masuk, memang dapur tak pernah berasap kecuali kalau pokyeng nak panaskan kari ayam yang mak dia bawakkan dari Klang.. selalunya cuma cerek elektrik yang berasap sebab ada yang nak bancuh air and masak maggi..

lagi satu, sebelum ni air minum semua beli air minuman botol, takpun air mineral. tapi semenjak Aznur(budak baru Taylor's dari UniKL MSI) masuk rumah ni sementara, air yang dimasak yang telah sejuk disimpan buat air minum. jimat dah kat situ. sekarang aku dah educate semua simpan air masak sejuk tu.. apa yang selalu aku masak? masak makanan bujang je la.. lelaki pulak tu.. tapi kalau macam hari isnin haritu aku rasa rajin sikit nak masak, aku buat ayam masak rendang cara Syamim.. hahahaha.. asalkan sedap n boleh makan sudahla.. FYI, pokyeng terer buat coleslaw.. so, tak payah nak risau sangat pasal nak masak sayur.

baru baru ni lampu bilik aku share dengan nabil rosak.. then kami tukar starter dan sekarang dah boleh guna. lampu tandas bilik aku share dengan nabil yang terbakar pun aku tukar.. kalau aku tak tukar, aku tak tau la bila diorang ni nak tukar. tadi aku pergi Sunway Pyramid cari benda benda paip dengan pokyeng. aku beli paip getah, paip sinki and some other things la.. balik rumah (while pokyeng and awang enjoying steamboat without me... :'[ ) aku mintak tolong abang rex sikit kami tukar paip sinki. kalau tak sebelum ni paip sinki just guna paip besi pendek and semua orang malas nak basuh pinggan sebab paip tu pendek sangat.. sekarang dah ada paip baru.. tadaaa......
kalau aku tak tukar, aku rasa sampai tahun depan pun
still guna  paip besi pendek tu..
abang rex cakap dia suka paip sinki ni sebab berkilat.. haha..dalam bilik air dah letak paip getah baru beserta dengan skru lagi so that paip tu tak tercabut.. lepas ni kalau ada hajat besar, senang nak bersihkan.. eeewwwwhhh... *gaya kecik nak tiru bapok tak jadi..
ni la kecik aka doctor nabil aka Sarah.. dia ada awek korea..
jangan salahkan saya, kecik ni memang pemaliew orangnya..
ni gambar kasut sukan yang kecik suruh masukkan jugak.. dia suruh cerita pasal pokyeng pergi gym, aku dengan dia main futsal, abang rex main basketball and awang main.... eeemmmmmm..... no idea... : /
so basically, ni la rumah kami lelaki bujang.. ada desktop satu untuk main FIFA12 n FIFA13 demo.. afiq khushairi punya desktop.. pedulikan abang rex yang tengah berdengkur kat situ..
so sekian sahaja cerita cerita cahaya dan sinar yang aku bawak ke dalam rumah sewa baru aku ni.. hahaha
pokyeng nak main fifa13 demo.. tacing sebab aku taknak letak gambar dia dalam blog..
to be fair aku masukkan jugak gambar awang
walaupun tengah tidur..

tu saja kot..

Alhamdulillah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun