Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday 24 August 2012

Concave Mirror and Convex Lens Formula Diagram

Bismillahirrahmanirrahim...

Asslamualaikum...

Orang semua sibuk pakat post entri pasal raya, aku nak bagi semua stop sat pikir pasal raya. nak bagi takut sikit SPM dah dekat woi! raya tak ingat akhirat...(adapted from quote Abang Hamri).. mintak halal copyright ok abang hamri..

ok dah.. hari aku nak post pasal satu benda yang aku rasa agak berguna jugak la.. Kalau korang budak budak sekolah menengah tingkatan 4 and 5 korang tau la kot tajuk Chapter 5, Physics Form 4.. Cuba teka tajuk apa? Pakcik pakcik dan makcik makcik yang dah tua yang dulu pernah belajar Fizik pun teka la kalau nak. Tak pasal pasal aku jadi Dora The Explorer dok tanya orang kuiz teka teki pulak.

jawapannya ialah Light.. ataupun bagi oldfolks yang belajar waktu tak guna PPSMI tu tajuk Cahaya la kot.. aku rasa kalau guna PPSMA (Arab), mesti nama tajuk tu Noor.. haha.. ok, hambar..

so straight to the point, aku tak fokus semua benda dalam chapter ni sebab aku dulu paling jahil sekali fizik tajuk ni la.. belajar tajuk ni dekat dekat nak habis form 4 dah, memang main main la.. aku cuma nak fokus kepada 4 benda:

1) CONCAVE MIRROR
2) Convex Mirror
3) Concave Lens
4) CONVEX LENS

Ok, actually aku nak fokus lebih kat nombor 1 dan 4 sahaja.. Sebab nombor 2 dan 3 senang sikit.. sebelum apa-apa, aku nak tegaskan kat sini, aku bukan nak ajar cara nak lukis ray diagram dan aku ajar tajuk ni berdasarka buku teks dan buku rujukan taraf SPM. kalau ada khilaf dengan website physics memang aku tak bertanggungjawab sebab ni dari buku teks.. aku nak tulis ni pun aku study balik tajuk ni tau!

**********************************************************************************

CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS
view dan download PDF file formula diagram diatas.

Arahan dan cara nak guna formula diagram ni:
(saja aku tak masukkan cara nak guna formula diagram ni kat dalam gambar or pdf file tu)

1. Tentukan di mana position object anda.
2. the characteristics of the image formed are based on where the object lie.

Contoh cara nak guna formula diagram.
position nombor tu menunjukkan position object. so image formed for each number will be:

no. 1: virtual, upright, and magnified(bigger than object).
no. 2: real, inverted, and magnified.
no. 3: real, inverted, diminished(smaller than object).
no. 4: real, inverted, same size as object.
no. 5: real, inverted, and magnified.
no. 6*: virtual, upright, and magnified.
no. 7: real, inverted, diminished.

*dalam several website tulis, there will be NO image formed when the object is at position no. 6.. tapi korang semua mesti ikut jawapan buku teks kan? so, there you go.. jawapan dalam buku teks dan most buku rujukan yang famous dan trusted tulis the image will be virtual, upright, and magnified.

AMARAN: formula diagram di atas hanya digunakan untuk CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS. (walaupun tak nampak macam ada convex lens pun).

sorry ray... hahaha.. =3

**********************************************************************************

CONVEX MIRROR and CONCAVE LENS

now untuk Convex Mirror and Concave Lens, just ingat quote di bawah..
"Wherever the object is, the image will always be VIRTUAL, UPRIGHT and DIMINISHED..."- Professor Tak Bertauliah Muhammad Syamim.
 ok.. habis dah apa yang aku nak ajarkan..

**********************************************************************************

kepada junior junior yang muda setahun, sori tak bagitau awal awal pasal ni. kepada junior junior yang bakal ambil SPM, semoga tak terlambat. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM. kepada yang baru form 4, anda pun bakal ambil SPM. kepada adik2 menengah rendah, anda pun bakal belejar benda ni.. kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya kat emel, mmysia_spider@yahoo.com ataupun muhammadsyamimharun@yahoo.com

Terima kasih kepada Cikgu2 fizik aku.. Tecer Rihta, Cikgu Hafizh, Cikgu Zameary dan Dr. Phoon.. terima kasih kat cikgu-cikgu lain jugak.

selingan: teringat waktu geng kelas 5 imtiaz or 5 itqan bagitau aku yang cikgu zameary panggil aku 'osmosis' sebab dalam kelas dia aku selalu tidoq, tapi bila mai test aku boleh score.. haha (sekali ja score 71 kot, yang lain semua average 50 ja.. haha). sebenarnya dalam semua kelas aku tidur.. sorry, pembetulan.. TERLELAP.. tak sama dengan tidur, ok.. peace!

Maafkan bahasa dan kemerapuan saya.. Terima kasih.

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun