Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday, 16 November 2012

Entri Solat Jumaat: Pakcik-pakcik yang Penakut

Bismillahirrahmanirrahim...

ihsan google

Situasi: dalam masjid, beberapa milisaat sebelum solat jumaat.

Tok Imam: betul dan rapatkan saf... Allaaaaaahu akbar...
Aku: (dalam hati) aku nak rapat belah mana ni? Aku rapat belah kiri, pakcik ni dok lari.. aku panggil orang blakang, dia takmau mai depan sebab sempit.. aku rapat belah kanan la.. pakcik ni dok panggil suruh rapat kat dia.. dah aku rapat, dia dok lari plak dia ni..

Last last aku solat jumaat sorang sorang dalam ruang yang luas antara dua pakcik yang takutkan aku.. =_="

ihsan google
Haahhhhh.... *mengeluh.. kemon la pakcik..(baca bunyi macam pokemon) tok imam suruh rapatkan saf kot.. yang dok pi lari jauh jauh tu pasai pa.. haaihh.. letih aih.. saya bukan gengster.. saya bukan nak bunuh or culik or rompak pakcik.. saya bukan pondan.. adoila pakcik.. buat pa nak lari jauh jauh? Takkan geli dengan saya..

Aku tak tau la nak bagitau macam mana dah. Rasanya semua tau yang rapatkan saf tu wajib. Aku bagi la hadith satu.

Hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: Betulkan saf-saf dan samakan antara bahu, tutupi ruang kosong, capailah tangan saudaramu (untuk membetulkan saf), jangan biarkan ada ruang untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saf pasti Allah akan sambungkan (rahmat) kepadanya, sesiapa yang memutuskan saf pasti Allah akan memutuskan (rahmat)-Nya.

Aku malas la nak copy and paste hadith banyak banyak.. tapi tau sendiri la yang rapatkan saf tu wajib..
Rapat macam mana? Rapat sampai bahu bertemu bahu, buku lali bertemu buku lali, tumit sebaris dalam satu line lurus. Paham dak? ok dah...

credit: ibnuDDin.com
aku nak mintak tolong kat semua kawan kawan aku dan pembaca blog aku, rapatkan saf waktu solat.. please. kalau kita solat pon takleh nak rapat, kalau kat dunia luar macam mana pulak? kalau kita masih renggang tak bersatu, macam mana kita nak hapuskan Zionis laknatullah?

Marilah kita bersatu... Rapatkan saf.. Mari sama sama doakan keselamatan saudara kita di Palestin. Amin...

*sebenarnya aku dah takda idea nak tulis apa. tadi waktu solat jumaat, syaitan dok curah macam macam idea kat aku. ciss! tak pasal pasal aku tak khusyuk. tambah pulak dengan pakcik tu dok lari dari aku. hmm... 
**tak pernah pernah aku printscreen benda dari facebook and then post kat blog. berjangkit dari sorang blogger tu la.. 
***Aku rindukan Doa Wahdah berjemaah kat surau SBPI Kubang Pasu dulu... :'(

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, 22 September 2012

Baiti Jannati...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.. It has been a while since i last updated my blog. so dalam post kali ni aku nak cerita pasal perubahan dan cahaya rahmat yang aku bawak masuk ke rumah sewa aku di Lagoon Perdana.. ceewaahhhh ayat.. kelass gitu.. haha

so basically aku tak tau nak cerita apa sangat pon.. aku start tinggal or menetap sebagai penyewa free(sementara tunggu elaun MARA) kat rumah ni hari ahad 9 haribulan haritu.. kiranya dah 2 minggu la aku dok rumah ni.. rumah aku duduk ni nampak ja macam best, tapi sangat jauh dari entrance. block aku duduk paling jauh dgn entrance, kurang 1 tingkat dari tingkat last n rumah nombor **.. agak letih la kalau nak jalan prgi kedai kat luar entrance tu..
rumah ni betul betul sebelah tol LDP.. lintas LDP, sampai Taylor's Lakeside..
- gambar sebenar tapi curi dari gugel imej
nampak lawa kan? tapi... cuba duduk sini seminggu tengok.. kalau sapa yang anak mak tu, memang tak boleh survive punya.. lintas LDP sampai ke Taylor's kan aku cakap? ya memang betul. tapi nak melintas tu penuh dengan cabaran, dugaan dan kenderaan.. lintas LDP ni lalu ikut flyover.. nasib baiklah tak kena lintas kat tol. kalau ikut flyover tu memang kereta, motor, lori, treler, basikal dan kenderaan kenderaan sewaktu dengannya lalu rapat gila lah.. perumpamaannya seperti telinga dilenyek oleh tayar kereta.. hanya ayah aku paham kalau sebut telinga kena tindih kereta.. haha.. fortunately aku naik moto dengan nabil selalunya.. ni helmet baru aku.. haha..
mahal woo aku belii...

ok, now pasal dalam rumah pulak.. on the first day aku masuk rumah ni, aku dah beli barang barang mentah untuk memasak kat rumah ni since ada dapur dan gas.. so sekarang ni, selalunya aku masak la.. dan kecik, awang, pokyeng and abang rex jadi tentera kerahan aku la.. aku suruh masak nasik, potong bawang, n buat la apa yang patot.. sebelum aku masuk, memang dapur tak pernah berasap kecuali kalau pokyeng nak panaskan kari ayam yang mak dia bawakkan dari Klang.. selalunya cuma cerek elektrik yang berasap sebab ada yang nak bancuh air and masak maggi..

lagi satu, sebelum ni air minum semua beli air minuman botol, takpun air mineral. tapi semenjak Aznur(budak baru Taylor's dari UniKL MSI) masuk rumah ni sementara, air yang dimasak yang telah sejuk disimpan buat air minum. jimat dah kat situ. sekarang aku dah educate semua simpan air masak sejuk tu.. apa yang selalu aku masak? masak makanan bujang je la.. lelaki pulak tu.. tapi kalau macam hari isnin haritu aku rasa rajin sikit nak masak, aku buat ayam masak rendang cara Syamim.. hahahaha.. asalkan sedap n boleh makan sudahla.. FYI, pokyeng terer buat coleslaw.. so, tak payah nak risau sangat pasal nak masak sayur.

baru baru ni lampu bilik aku share dengan nabil rosak.. then kami tukar starter dan sekarang dah boleh guna. lampu tandas bilik aku share dengan nabil yang terbakar pun aku tukar.. kalau aku tak tukar, aku tak tau la bila diorang ni nak tukar. tadi aku pergi Sunway Pyramid cari benda benda paip dengan pokyeng. aku beli paip getah, paip sinki and some other things la.. balik rumah (while pokyeng and awang enjoying steamboat without me... :'[ ) aku mintak tolong abang rex sikit kami tukar paip sinki. kalau tak sebelum ni paip sinki just guna paip besi pendek and semua orang malas nak basuh pinggan sebab paip tu pendek sangat.. sekarang dah ada paip baru.. tadaaa......
kalau aku tak tukar, aku rasa sampai tahun depan pun
still guna  paip besi pendek tu..
abang rex cakap dia suka paip sinki ni sebab berkilat.. haha..dalam bilik air dah letak paip getah baru beserta dengan skru lagi so that paip tu tak tercabut.. lepas ni kalau ada hajat besar, senang nak bersihkan.. eeewwwwhhh... *gaya kecik nak tiru bapok tak jadi..
ni la kecik aka doctor nabil aka Sarah.. dia ada awek korea..
jangan salahkan saya, kecik ni memang pemaliew orangnya..
ni gambar kasut sukan yang kecik suruh masukkan jugak.. dia suruh cerita pasal pokyeng pergi gym, aku dengan dia main futsal, abang rex main basketball and awang main.... eeemmmmmm..... no idea... : /
so basically, ni la rumah kami lelaki bujang.. ada desktop satu untuk main FIFA12 n FIFA13 demo.. afiq khushairi punya desktop.. pedulikan abang rex yang tengah berdengkur kat situ..
so sekian sahaja cerita cerita cahaya dan sinar yang aku bawak ke dalam rumah sewa baru aku ni.. hahaha
pokyeng nak main fifa13 demo.. tacing sebab aku taknak letak gambar dia dalam blog..
to be fair aku masukkan jugak gambar awang
walaupun tengah tidur..

tu saja kot..

Alhamdulillah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 24 August 2012

Concave Mirror and Convex Lens Formula Diagram

Bismillahirrahmanirrahim...

Asslamualaikum...

Orang semua sibuk pakat post entri pasal raya, aku nak bagi semua stop sat pikir pasal raya. nak bagi takut sikit SPM dah dekat woi! raya tak ingat akhirat...(adapted from quote Abang Hamri).. mintak halal copyright ok abang hamri..

ok dah.. hari aku nak post pasal satu benda yang aku rasa agak berguna jugak la.. Kalau korang budak budak sekolah menengah tingkatan 4 and 5 korang tau la kot tajuk Chapter 5, Physics Form 4.. Cuba teka tajuk apa? Pakcik pakcik dan makcik makcik yang dah tua yang dulu pernah belajar Fizik pun teka la kalau nak. Tak pasal pasal aku jadi Dora The Explorer dok tanya orang kuiz teka teki pulak.

jawapannya ialah Light.. ataupun bagi oldfolks yang belajar waktu tak guna PPSMI tu tajuk Cahaya la kot.. aku rasa kalau guna PPSMA (Arab), mesti nama tajuk tu Noor.. haha.. ok, hambar..

so straight to the point, aku tak fokus semua benda dalam chapter ni sebab aku dulu paling jahil sekali fizik tajuk ni la.. belajar tajuk ni dekat dekat nak habis form 4 dah, memang main main la.. aku cuma nak fokus kepada 4 benda:

1) CONCAVE MIRROR
2) Convex Mirror
3) Concave Lens
4) CONVEX LENS

Ok, actually aku nak fokus lebih kat nombor 1 dan 4 sahaja.. Sebab nombor 2 dan 3 senang sikit.. sebelum apa-apa, aku nak tegaskan kat sini, aku bukan nak ajar cara nak lukis ray diagram dan aku ajar tajuk ni berdasarka buku teks dan buku rujukan taraf SPM. kalau ada khilaf dengan website physics memang aku tak bertanggungjawab sebab ni dari buku teks.. aku nak tulis ni pun aku study balik tajuk ni tau!

**********************************************************************************

CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS
view dan download PDF file formula diagram diatas.

Arahan dan cara nak guna formula diagram ni:
(saja aku tak masukkan cara nak guna formula diagram ni kat dalam gambar or pdf file tu)

1. Tentukan di mana position object anda.
2. the characteristics of the image formed are based on where the object lie.

Contoh cara nak guna formula diagram.
position nombor tu menunjukkan position object. so image formed for each number will be:

no. 1: virtual, upright, and magnified(bigger than object).
no. 2: real, inverted, and magnified.
no. 3: real, inverted, diminished(smaller than object).
no. 4: real, inverted, same size as object.
no. 5: real, inverted, and magnified.
no. 6*: virtual, upright, and magnified.
no. 7: real, inverted, diminished.

*dalam several website tulis, there will be NO image formed when the object is at position no. 6.. tapi korang semua mesti ikut jawapan buku teks kan? so, there you go.. jawapan dalam buku teks dan most buku rujukan yang famous dan trusted tulis the image will be virtual, upright, and magnified.

AMARAN: formula diagram di atas hanya digunakan untuk CONCAVE MIRROR and CONVEX LENS. (walaupun tak nampak macam ada convex lens pun).

sorry ray... hahaha.. =3

**********************************************************************************

CONVEX MIRROR and CONCAVE LENS

now untuk Convex Mirror and Concave Lens, just ingat quote di bawah..
"Wherever the object is, the image will always be VIRTUAL, UPRIGHT and DIMINISHED..."- Professor Tak Bertauliah Muhammad Syamim.
 ok.. habis dah apa yang aku nak ajarkan..

**********************************************************************************

kepada junior junior yang muda setahun, sori tak bagitau awal awal pasal ni. kepada junior junior yang bakal ambil SPM, semoga tak terlambat. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM. kepada yang baru form 4, anda pun bakal ambil SPM. kepada adik2 menengah rendah, anda pun bakal belejar benda ni.. kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya kat emel, mmysia_spider@yahoo.com ataupun muhammadsyamimharun@yahoo.com

Terima kasih kepada Cikgu2 fizik aku.. Tecer Rihta, Cikgu Hafizh, Cikgu Zameary dan Dr. Phoon.. terima kasih kat cikgu-cikgu lain jugak.

selingan: teringat waktu geng kelas 5 imtiaz or 5 itqan bagitau aku yang cikgu zameary panggil aku 'osmosis' sebab dalam kelas dia aku selalu tidoq, tapi bila mai test aku boleh score.. haha (sekali ja score 71 kot, yang lain semua average 50 ja.. haha). sebenarnya dalam semua kelas aku tidur.. sorry, pembetulan.. TERLELAP.. tak sama dengan tidur, ok.. peace!

Maafkan bahasa dan kemerapuan saya.. Terima kasih.

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 23 August 2012

*** (tajuk entri yang malas)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Phewh... Setelah berkurun lamanya blog tak diupdate... berhabuk dah.. sawang sana sini, tengkorak dan skeleton bertaburan di lantai lantai blog..

Sorilah pembaca-pembaca setia sekalian..(bajet sikit) salahkan laptop aku yang lembap tapi lagi laju dari Macbook Pro.. haha.. tutorial yang bertambun sejak masuk Foundation (tutorial math tak pernah siap jugak.. sorry Miss Himalaa dan Mr. Yap.. hihi..), masa online bertambah, masa terbuang pun bertambah..

Ok, oleh kerana keterpaksaan aku rasa nak update blog tapi aku tak tau nak update apa, so aku nak share ilmu sikit la.. sebelum ni pernah jugak aku terpikir nak jadikan blog aku ni sebagai tempat rujukan ilmu budak budak sekolah menengah, tapi dek kerana kemalasan mengalahkan 'sloth' dalam acara pertandingan malas antara makhluk dunia, aku tak terupdate blog aku.. haha..

ni la menatang yang nama sloth tu.. 2nd place universe the most laziest creature competition 2011/2012,  Alstonia
so dalam post ni aku tak tau nak cerita apa lagi selain daripada kemalasan aku yang sangat dibanggakan ini.. tak jadi nak share ilmu lagi dalam post ni sebab mukadimah pon dah cerita benda merapu.. sebenarnya aku nak terima kasih jugak kat sorang junior sekolah lama aku ni.. dia kata blog aku best.. aku pun tak tau best kat mana..


kalau syahidul baca, dia mesti kata aku buat lawak hambar.. haha.. aku pun rasa macam betul ja apa syahidul akan kata tu..

aku sendiri pun bila baca balik post post lama aku, aku rasa...
 

ok.. anyway, thanks to Nieysa Ghani sebab encourage aku menaip kat dalam blog balik.. aku tiru nama kat twitter ja.. sori la, tak tau nama sebenar.. bukan kenal sangat pon time skolah dulu.. haha.. sungguh jujur aku kan..

by the way, aku nak cerita sikit apa aku buat lepas habis foundation.. sekarang tengah melanjutkan masa lapang di masjid sebagai siak II di Masjid Kampung Tunku, SS1, PJ.. jangan panggil aku tok siak.. panggil aku abang siak.. sebab aku muda hensem kacak bergaya.. haha..

sangat kurang asamlah budak budak yang turun makan moreh, panggil aku pakcik! aku berjambang macam aiman azlan pun nak panggil pakcik ke? letih aku trim..

takmau masuk cerita pasal raya lagi.. setakat ni je la kot post ni.. aku pun tak tau nak letak tajuk apa kat post ni, so aku letak la apa yang aku suka pasal ni post aku.. oleh kerana aku malaih sangat nak pikiaq, so, that's it.. terima kasih.. okbai

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun