Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Saturday, 8 October 2011

Motivasi Buatku | Antara Hang Tuah dan Hang Jebat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tak menulis dalam blog. Aku mengalami minggu yang amat pedih bagi aku. Like my heart is burn in a strong acid...
 Thanks Amir Danial Putera aka Dani sebab tolong snap gambar ni...

Selepas menangis sorang-sorang semalam, aku menyesal atas tindakan aku cuba menjadi Hang Jebat. If a man crying, what's that mean?


******************************

Sebelum Tun Dr. Mahathir jadi PM, masyarakat Melayu menyanjung Hang Tuah sebagai tokoh yang sangat hebat dan terbaiklah. Tapi, Tun Dr. Mahathir cuba mengubah pemikiran orang Melayu dengan mengatakan Hang Jebat adalah lebih baik daripada Hang Tuah.


Tujuannya adalah bagi mengikis sifat orang Melayu yang suka mengiyakan semua perkara yang disebutkan oleh orang yg lebih tinggi pangkatnya tak kiralah ianya benar ataupun salah. Atau lebih dikenali sebagai 'pak turut'. Hang Tuah yang hanya tahu mengikut arus demi menjaga hati orang lain sehingga sanggup mengorbankan kepentingan dirinya. Dalam situasi masyarakat Melayu khususnya, jika seseorang terlalu baik, orang lain akan mengambil kesempatan dan 'pijak kepala' akan berlaku. 

Hang Jebat di sini sangat bertentangan sifatnya dengan Hang Tuah. Jebat lebih suka menegakkan kebenaran daripada mengangguk mengiyakan kebatilan. Jebat juga lebih suka menyatakan kebenaran dan membetulkan kesalahan orang lain walaupun terpaksa mengguris perasaan orang lain.

***************************

Sangat ketara perbezaan antara Tuah an Jebat. Oleh kerana Tuah lebih menyenangkan hati, Tuah diberi nama oleh masyarakat Melayu. Jebat yang menyakitkan hati kerana melawan apa yang salah dibenci oleh masyarakat melayu jahiliah. Tapi, ada kebaikan dan keburukan kalau kita menjadi seperti Hang Tuah ataupun Hang Jebat.

Kebaikan jadi Tuah: tak perlu sakitkan hati sapa-sapa sebab hanya tahu menjaga hati orang lain.
Keburukan jadi Tuah: dipijak kepala dan diambil kesempatan.


Kebaikan jadi Jebat: sentiasa berada dalam landasan kebenaran, adil dan disayangi oleh orang-orang yang teraniaya.
Keburukan jadi Jebat: terpaksa membuat musuh walaupun dengan kawan ataupun tuan demi kebenaran.

***************************************

Lagi satu masalah masyarakat Melayu(khususnya) ialah, Kaum Muda tak boleh terlibat dengan persatuan Kaum Tua. Kaum Tua ada banyak pengalaman  dan tak perlu dengar pandangan Kaum Muda. Kaum Muda Muda yang lebih bersifat terbuka tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri..

Kesimpulan:

Kaum Tua:
1)Merasakan pengalaman dah cukup banyak dan tak perlu dengar pandangan Kaum Muda.
2)Terlalu menurut tradisi dan merasakan wajib untuk meneruskan tradisi.
3)Bersifat assabiah dan tidak mahu mencuba sesuatu yang baru.

Kaum Muda:
1)Pentingkan diri sendiri, sombong dan juga bersifat assabiah.
2)Merasakan pengalaman dan pemikiran Kaum Tua adalah kolot dan tidak boleh diguna pakai dalam zaman sekarang.
3)Pemikiran lebih maju dan lebih bersifat terbuka berbanding Kaum Tua.

*************************************

Hubungan...

Dalam Islam, hubungan adalah antara:
1) Manusia dengan Allah.
2 ) Manusia dengan Manusia
3) Manusia dengan alam sekitar

Ya, hubungan penting. Hubungan dengan Allah adalah hal masing-masing, tapi hubungan sesama manusia adalah melibatkan kumpulan masyarakat ataupun kawan.

Hubungan dengan kawan sangat penting sebab kawan yg akan tolong kita kalau kita susah..

Tapi kita janganlah mengambil kesempatan ke atas kawan kita...

Fahamilah situasi mereka... Sesetengah kawan akan jadi seperti Hang Tuah untuk jaga perasaan kita...

Ada jugak kawan yang sangat menyakitkan hati dengan menjadi Hang Jebat dengan menegur dan memberi pendapat tentang apa yang lebih baik...

dan ada jugak kawan yang berubah dari Hang Tuah menjadi Hang Jebat selepas tidak tahan dengan perkara yang tak betul dalam kalangan kawannya...

Apa pun kita kena terima dan compare dgn pendapat kawan kita yang lain. juga hormatilah pandangan kawan kita tu... They are also imperfect human like us..

NO OFFENCE....


Kesimpulan atau pengajaran dari post kali ni:
1)Tiada satu manusia pun dalam dunia ni yang sempurna.
2)Hormatilah pandangan orang lain.
3) Bersatu menghasilkan produk yang lebih baik berbanding bersifat assabiah.
4) Senyap lebih baik dari bercakap perkara yang boleh menyebabkan masalah.
5) Cuba menjadi terbaik dalam setiap aspek tanpa mengabaikan aspek lain.

Di sini jugak aku nak mintak maaf kat kawan-kawan aku...

Muhammad NabilShiro, Nawal, dan semua kawan-kawan lain yang aku banyak bersalah...







truly miss the moments.....
very sorry...




Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun