Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday, 16 September 2011

WeirdLifeToday

Bismillahirrahmanirrahim...


Tanggal 16 September, banyak perkara pelik jadi kat aku. Aku tak tau nak cerita macam mana sebab benda pelik ni ada aku yang buat sendiri, ada yang jadi kat aku sendiri dan ada yang aku tak tau nak cerita macam mana. By the way,


1. The story starts from 00:00 am of 16 Sept la, means that last night. Hari ni cuti umum. Selalunya malam sebelum cuti, aku akan buat sesuatu dengan membuang masa kau sampai pagi buta. Tapi, yang peliknya semalam aku study!!! (bajet hardworking student la konon).

Gila la!

Kenapa aku study semalam?


Unexplainable..

2. Selalu tiap-tiap hari aku akan tidur sebelum pukul 2.31 pagi. Even hari yang ada kelas ataupun tak, aku akan tidur dalam pukul 2.30 la. Tapi semalam aku tidur at...
3:30 after meridian

yang peliknya sebab aku study...(bajet bagus lagi...)

3. Pagi ni aku bangun pukul 7.00 a.m. Lepas kalut2, then aku sembahyang subuh. Lepas tu, tiba-tiba aku rasa nak jogging... Haha... Pelik- pelik la...

Selalu aku akan tidur balik lepas subuh and bangun pukul 1.30petang. Haha...

Aku sarung stokin, pakai sweater exercise aku and pakai kasut. Turun tangga tingkat 19 kat Casa sampai Ground Floor... Best jugak.. lepas tu aku travel la...


line merah aku keluar, line biru aku balik...

Best jugak la... baru aku tau macam-macam. Rupa-rupanya tempat artis sign contract dengan producer apa semua dekat je dengan tempat aku...Metrowealth punya building aku jumpa...

4. Aku berlatih sketsa untuk jamuan hari raya kat Taylor's. Memang sah-sah la pelik sebab bukan aku dok buat tiap-tiap hari pun. Sekali seumur hidup kot..

5. Sebelum ni, aku dah pernah pergi ke masjid kat USJ 2. Tapi first time aku pergi, hujan waktu lepas sembahyang Jumaat tu hujan dan kami semua tunggu hujan reda, baru kami balik. Tapi hari ni hujan lebat sangat. Kami dah jalan separuh jalan.  Takkan nak patah balik? So, lari la dalam hujan. Lari pun no point la sebab memang dah basah lencun dah.

6. Memandangkan aku tak cukup tidur semalam, aku ingat nak tidur time khutbah, tapi aku tak terlena pun. yang peiknya, lepas habis sembahyang, time wirid dan baca doa, aku tertidur. mak aaiii.... tiba-tiba aku bangun orang dah nak blah dari masjid.

7. Sebelum pergi masjid, kami bercadang nak makan kat gerai makcik yag jual nasi kat masjid tu. tapi hari ni dia tak berniaga la pulak. So, makan kat Summit. Dalam keadaan basah lencun, kami masuk ke dalam Summit Mall dengan cool dan macho. Nak kisah apa kat orang. Normal la kalau basah kena hujan. Kalau kena hujan tapi tak basah, tu yang tak normal. Bear in mind that nobody know us and we also don't know anybody. So, just blind our eyes. cari punya cari, jumpa la kedai makan yang boleh tahan murah la sebab semua kedai kat Summit tu mahal nak arwah.

yang tu saja la kot yang aku rasa pelik hari ni.

lepas kuar Summit, kami pergi ke kedai perabot belakan summit tu. Awang(Hazim) saja- masuk buat macam nak beli perabot pulak. datang sorang cina tua tanya, "Nak cari apa?" Semua pakat2 beransur keluar. haha... malu gila...

maka berjalanlah kami balik ke Casa.

By the way, pasal khutbah Jumaat, tok khatib tu bagi ceramah sendiri. panjang nak mampus. pukul 2 lebih baru start sembahyang. Khutbah pasal Merdeka dan Hari Malaysia.

P/S: tips untuk berjaga malam... kawan aku suka guna...
MAI SECAWAN!

tapi aku suka guna...
BAK SEGANTANG!

hahaha...

kopi aku ni telah mempengaruhi housemate aku selepas aku bancuh menggunakan kaedah mak aku. 2+1/4 sudu besar gula campur 2 sudu teh(penuh) untuk 1 mug. masukkan air yang baru lepas dijerang. memang betul2 kaww!!! kalah kopi cap kapal api.

tapi aku still tak puas hati sebab rasa kopi yang mak aku bancuh lagi sedap. maybe sebab mak aku campur KASIH SAYANG dalam kopi tu kot.

setakat ni saja post kali ni...
-nak makan
-nak study sebab IELTS exam esok pagi
-nak basuh baju
-nak sembahyang isyak
-nak berlatih zapin

Alhamdulillah...


SELAMAT MARI MALAYSIA!!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

  1. walaupun pelik tp macam ok je.. so xpalah =p=p

    ReplyDelete
  2. lain kali kalau apek tu tanya nak cari apa, cakap nak cari pasal.
    hihihi

    ReplyDelete
  3. yui92: mungkin xpelik bagi orang lain kot.. so xpalah jugak... hehe...

    Ahyad: yad oh yad...

    tecerwidad: tak terpikir plak ayat tu.. kalau buat gaya gengster sikit, mesti apek 2 panggil guard dia... haha...

    ReplyDelete
  4. kalau guard dia datang, cakap pulak, 'oooo ni la pasal? lama tak jumpa hang no. awat muka hang lain sangat?'
    :there's always a solution. cuma kena kreatif sikit.hihihi

    ReplyDelete
  5. @h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r adoii... saya gelak keras perot baca komen kat ats... xpa2... i'll try to be more creative...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun