Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday, 24 June 2011

Ustazah Hasanah ~ Iqtibas dalam berdoa...(Kaedah berdoa)

Bismillahirrahmanirrahim...

"Syamim, semalam kamu tido pukul berape?" tanya Ustazah Hasanah....


haha... aku ingat lagi apa yang ustazah selalu tegur aku sewaktu aku terlena tertidur terlelap dalam kelas. Ustazah Hasanah ni memang ustazah yang sangat baik. dia tak marah pun aku tidur dalam kelas dia, dia tak marah aku tak buat nota. tapi aku bukan nak ambil kesempatan ke atas kebaikan ustazah tak marah aku. aku kesian jugak kat ustazah. yela, bila dia mengajar je, aku tidoq dalam kelas.

apa perasaan hangpa bila hangpa dok cakap sorang2 kat depan, orang yang hangpa harap akan dengar apa yang hangpa cakap tu sebenarnya dok tidur ataupun tak layan apa yang hangpa dok cakap tu? apa perasaan hangpa?

GILA!!! malu ooo... kita macam cakap dengan batu atau dengan tunggul ja rasa... so, hargailah dan tumpukan perhatian sebentar semasa orang bercakap kepada hangpa...

tapi................................

aku SPECIAL case....

HEHE....



opocot!!! terlelap pulak... hihi...


STOP!!! nanti aku tak dak idea untuk menaip dalam entri lain..

sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ustazah... tapi aku nak cerita pasal doa...

DOA???


yup... doa..

D...
O...
A...

DOA...


sebelum aku teruskan cerita yang aku nak cerita, biarkan aku mula dulu dengan cerita pasal doa yang ustaz aku pernah cerita... cerita ni telah diceritakan oleh Ustaz Puad dari SMK Baling. aku tak ingat dah bila dia cerita, tapi dia cerita pasal ni kat dalam satu event sekolah. maknanya bukan aku sorang yang tau...
ceritanya bermula begini...............

alkisah seorang suami yang mempunyai dua orang isteri. isteri tua yang memang dah tua bernama 'Aliyah dan isteri muda yang cantik bernama Hasanah. si suami ni takut sikit kat isteri tua ni tapi dia sayang jugak kat isteri tua tu... maka, pada suatu malam giliran isteri tua, selepas solat maghrib berjemaah, terjadilah sebua dialog antara si suami dan si isteri tua...

si suami : (baca doa lepas sembahyang) A'uzubillahiminasy syaihonirrajim...................................................................................................................................................................... Robbana aatina fid dun-ya HASANAH, wafil aakhiroti HASANAH, waqina 'azaabannaar.....

tiba2 si isteri berkata....

si isteri tua : amboi..... sejak2 menikah dengan bini muda, dok sebut nama diaaa jaaaa.... sampai dalam doa pon dok sebut nama dia..... nama kita ni tak pernah dok sebut pun....

maka si suami pun demi menjaga hati isteri yang disayangi dan dengan ilmu IQTIBAS yang mencukupi, si suami berdoa lagi sekali.....

si suami : Robbana aatina fid dun-ya 'ALIYAH, wafil aakhiroti 'ALIYAH, waqina 'azaabannaar..... Walhamdulillahi rabbil 'alamin.... Amin....

si isteri pun tersenyum....

yang tu ja la Ustaz Puad cerita....

apa yang aku nak cerita kat sini adalah unsur IQTIBAS (sejenis unsur Balaghah Arab). penggunaan unsur ini dalam doa adalah dibenarkan. TAPI ADA SYARAT2 TERTENTU. SILA RUJUK USTAZ ANDA. aku tak pasti syarat-syaratnya, sebab aku bukan hebat sangat pun ilmu agama. aku cuma nak berkongsi je...

dalam doa yang selalu dibaca di bawah ni,
 رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
 “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

kita guna perkataan HASANAH (حَسَنَةً۬) yang bermaksud KEBAIKAN.

kalau kita guna unsur Iqtibas macam dalam cerita si suami tu.....

maknanya kita ganti kalimah HASANAH (kebaikan) dengan kalimah 'ALIYAH (ketinggian)...

maksudnya dah jadi berbeza la..

so bergantung la kalau kita nak mintak apa kat Allah...

nak doa dalam bahasa Melayu pun boleh... tapi kalau nak kemas sikit, doa la dalam bahasa Arab...

kalau nak kejayaan, gantikan kalimah je la..

kesenangan, kebahagiaan, kekayaan, kemuliaan dsb, booleh je doa dalam bahasa Melayu atau guna unsur Iqtibas...

apa2 pun, rujuk la kat ustaz2 atau ulamak2 yang lebih berpengalaman...

Wallahua'lam...

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun