Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday, 10 June 2011

Lucah ke??? Bakteria E. Coli merebak...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebut pasal lucah, aku rasa mesti ramai yang nak baca entri ni. sebenarnya memang aku nak cakap benda yang agak lucah tapi secara VERBAL. aku nak cerita pasal E. Coli.
seekor e coli

dari maklumat pembacaan aku, nama sebenar dia ialah Escherichia coli. macam biasa la orang putih. kalau depa discover something, mesti depa abadikan nama depa punya. E coli ni di-discover oleh seorang pakar pediatrik(pakar kanak2) Jerman-Austria. dia jugak sorang lecturer...
ni dia... memang muka jenis saintis kurun ke 19 ni...

aku tak tau la berapa ramai manusia atas bumi ni dok menyumpah nama dia sewaktu nak menyumpah bakteria E coli. haha... merana dia...

tiba2 je aku nak tulis entri pasal e coli ni... awatnya... nak buat lucah la ni...

tak la... sebenarnya aku tak dak idea nak update blog. pastu teringat berita beberapa hari lepas pasal bakteria  E coli ni kat negara2 Eropah yang semakin meruncing. aku cuma nak meluahkan kerisauan dan membangkitkan kebimbangan  dalam entri ni.

dari sebuah blog yang aku baca yang dia bersumberkan kosmo online (kosmo online>blog yang aku baca>blog aku), dia kata dianggarkan hampir 2000 orang dari negara2 seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) telah jatuh sakit BERKEMUNGKINAN sebab makan sayur- sayuran dan salad yang tercemar dari Jerman. cuma kemungkinan. bukan fakta. mungkin sebab demam kena ketik dengan tebuan tanah tak termasuk ok.

kat Jerman, dalam masa 2 hari, kes jangkitan E coli yang direkodkan 199 orang. yang tak direkodkan??? belambak kot...

sebenarnya kebanyakan bakteria e coli ni tak berbahaya tapi yang jenis 0104:H4 ni yang dah mengalami mutation, differentiation, integration, transformation dan macam2 animation ni yang bahaya. dikatakanbakteria ini berupaya melekat kat dinding usus manusia secara kekal dan menghasilkan toksin Shiga atau STEC. sapa yang kena, simptom2 yang dialami ialah:

cirit birit berdarah

kerosakan ginjal

sawan

dan.....

mati
oleh itu, jangan buat main2... terutama kepada kaum Hawa...

kenapa especially perempuan???

adakah dari segi persamaan .....................???

let me tell you the answer...

sebenarnya, dalam era globalisasi yang penuh pancaroba ini(ayat khairul izzuan- KP SMKB 2008), ramai wanita yang mengamalkan pemakanan sihat tanpa kalori ataupun diet seimbang. kebanyakan mereka mengambil makanan seperti timun dan salad mentah. mengikut statistik kes terbaru jangkitan E. coli ni, lebih kurang 1200 wanita yang dijangkiti. pada tahun 1994, wabak E. coli di Amerika Syarikat yang telah melibatkan mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita yang secara puratanya berusia 36 tahun.

selain itu, kanak-kanak juga mudah dijangkiti bakteria ini kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. oleh itu, pesanan buat ibu bapa dan individu yang gemar mengamalkan diet tanpa kalori khususnya, basuh dan masak makanan seperti salad, timun dan tomato dengan secukupnya dan minum air yang telah dimasak sahaja.


kenapa air pun terlibat sama???

air pun ada bakteria ni jugak ke???

sebenarnya aku rasa dalam air kita ni tak dak la kot. tapi, bakteria E. coli ni pernah dikesan di Tasik Kenyir. tapi tak la sampai tahap yang membolehkan air Tasik Kenyir tu tak boleh diminum. paham tak??? maksudnya, tahap bakteria E coli dalam air tu tak tinggi sangat sampai boleh menghalang kita dari minum air dari sumber tersebut, So sebagai langkah berjaga-jaga, masak air hingga mendidih, tunggu sampai temperature air boleh diminum, baru minum air *(lurus bendul). takkan la nak biar badan kita jadi macam kat bawah ni sebab cirit-birit kronik.


so, orang kata,
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat...
الْوِقَايَةُ خَيْرُ مِنَ الْعِلَاجِ
 betul tak apa aku cakap?

betul atau tidak aku tetap TAK sokong perkara diatas dalam certain circumstances...

dalam kebanyakan hal, aku sokong.

so, kepada kawan2 aku yang akan melanjutkan pelajaran ke negara2 seperti UK, Poland, Australia, Eropah, mahupun di sebelah Timur Tengah seperti di Jordan, Mesir dan Madinah, jaga kesihatan elok2. tak lupa jugak yang berada di dalam negara, jaga kesihatan jugak. jangan ingat penyakit yang berlaku di luar negara, tak boleh berlaku kat negara kita.

 aku rasa entri ni dah cukup panjang dah ni. boring jugak baca fakta je lama2. aku juz meluahkan kerisauan aku je.

sebelum aku stop, aku nak kita fikir pasal sesuatu...

BILA PENYAKIT SELSEMA BURUNG, BANYAK UNGGAS DIMUSNAHKAN...

BILA PENYAKIT DENGGI, ORANG CEGAH DENGAN MEMUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES...

BILA PENYAKIT E. COLI YANG DIKATAKAN DARI TIMUN, BANYAK TIMUN DIMUSNAHKAN...

TAPI...


BILA SELSEMA BABI MEREBAK, TAK DAK PULAK KITA DENGAR ORANG MEMUSNAHKAN BABI...

apa yang tak kena??? kepentingan apa yang cuba disembunyikan oleh pihak tertentu???


pikir-pikirkanlah.................

Alhamdulillah...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun