Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Thursday, 30 June 2011

First 4 days in KL…

Bismillahirrahmanirrahim…


Hari ni aku nak cerita pengalaman aku kat Taylor’s Lakeside Campus pada hari pertama dan hari kedua…
Sebenarnya aku  juz nak share je. Sapa sudi baca, baca la.


Ok…

Sebelum tu, biar aku cerita sikit perjalanan aku ke KL dulu.

Malam sebelum aku bertolak, aku dan family ke pekan Baling la untuk beli apa tah yang untuk persiapan terakhir aku. Then, pi makan dan lepas tu ke rumah Bapak Ayeh. Bapak meminjamkan kereta Chery beliau kepada ayah aku supaya dapat memberi keselesaan kepada aku sekeluarga dan Mami. Bapak bagi pinjam Garmin dan ajaq aku cara2 nak guna alat tu.



Pagi tu, kami bertolak ke pada pukul 9.58 pagi. Sebelum bertolak, Tok datang ke rumah aku. Aku kesian sangat kat Tok sebab Tok memang sayang sangat kat cucu2 dia. Aku salam dengan Tok, Paklong, Kak Ngah. Then kami bertolak. Ayah stop kat hospital Baling sekejap untuk ambik ubat Mamak ‘É sebab ubat mamak dah nak habis. Lepas tu kami ke Charuk Nau untuk ambik Mami kat rumah beliau.

Lepas siap, kami bertolak terus ke KL melalui Grik. Dengan berpandukan Garmin (GPS) yang Bapak bagi pinjam, kami bertolak ke KL. GPS tersebut asyik menyuruh ayah keluar dari lebuhraya kerana settingnya telah disetkan supaya mengelak dari memasuki lebuhraya.


Ayah tetap meneruskan perjalanan di atas lebuhraya tanpa menghiraukan arahan GPS tersebut. Kami berhenti di beberapa R&R untuk makan dan solat. Selepas masuk saja ke kawasan KL, baru ayah dengar cakap GPS. Aku set Garmin tu untuk ke rumah Mamak ‘É. Lepas ikut Garmin tu, kami pun sampai ke jalan apa tah berdekatan dengan rumah Mamak ‘É. Abang Wan dan Mamak ‘É dok tunggu kat tepi jalan kat tempat orang jual durian. Then depa lead kami ke rumah Mamak ‘É kat Kondominium Sri Putramas. Kami sampai dekat pukul 5 petang jugak la.


Petang tu Mamak ‘É bawak Syarafi dan Syaqierin ke kolam renang kat kawasan kondo tu. Depa dua orang mandi syok sangat. Sementara tu, Mamak ‘É dengan Abang Wan pi ke UiTM Shah Alam untuk ambik Kak Ana. Malam tu kami bermalam kat kondo Mamak ‘É. Sebenarnya Abang Mad Roni dok kat kondo tu sebab dia kerja kat KL.


Esok tu pulak kami keTesco Kepong untuk beli barang2 aku lagi. Hari ni Abang Wan drive kami pusing KL. Then kami ke Masjid Kg. Baru untuk sembahyang Jumaat. Lepas tu Mamak ‘É belanja makan kat kedai makan masakan Minang kot kalau tak silap aku la.

Lepas tu aku nak cari kasut sukan. Abang Wan bawak kami ke Pertama Complex. Tapi Abang Wan parking kat Sogo. Waktu lalu nak keluar kat Sogo untuk ke Pertama Complex, tiba2 alarm bunyi.

Hah!

Sapa yang mencuri!

Sebenarnya kami tak buat salah pa pun. Guard kat situ suruh kami lalu semula kat gate tu. Waktu Mami lalu, alarm bunyi. Ada sesuatu dalam beg Mami. Aku cuak la jugak. Tapi guard tu menjelaskan kat kami kata mungkin ada kod bar yang ada metal strip kat dalam kod bar tu yang buatkan alarm tu bunyi. Mami dok check semua benda dalam beg dia tapi tak jumpa benda yang buatkan alarm tu bunyi. Aku pun tolong check jugak. Last2, aku jumpa jugak benda putih tu. Guard tu patahkan benda putih tu dan ada metal strip dalam tu.

Mami bagitau kat aku kata Mamak Eng beli beg tangan tu kat Amerika. Lepas tu, Mamak Eng hadiahkan beg tu kat Mami. Mami tak buang la kod bar yang ada dalam beg tu dan guna terus je.

Lepas tu kami ke Pertama Complex untuk beli kasut sukan aku. Abang Wan tunjuk banyak kedai kasut sukan kat aku. Finally, aku sampai ke kedai Sikh tu. Memang nak ambik sangat dah kasut sukan Line 7 tu. Lepas tu, Abang Wan ajak ke kedai lagi satu. Masuk je kedai tu….. Nah!!! Kasut Adidas, Total 90 dan Nike bertambun. Depa tambun terus. Memang banyak. Tapi tak banyak pilihan la.

Aku beli kasut sukan kat kedai tu la. Harga kasut yang sepatutnya RM249, jadi RM99 je.


Tapi…..

Lepas beli kasut, kami ke KLCC dan Dataran Merdeka. Biasala orang kampung. Kalau dah sampai KL tu mesti la nak pi jalan2 jugak. Lepas tu Mamak ‘É suruh Abang Wan bawak kami ke Central Square kot kalau tak silap. Oleh kerana dah lewat, kami tak pi ke tempat tu pun. Mamak ‘É kata nak bagi Syarafi dan Syaqierin main kat situ. Main pa tak tau la. Mungkin permainan budak2 kot. Tapi kami lalu la jugak kat tempat tu sebab Mamak ‘É kata dia nak lead melalui jalan senang untuk ke rumah Mamak Eng.


Ternampak Adi Putra (pelakon Suria Di Cordoba) dok tengah shooting cerita pa pun tak tau waktu lalu kat Jalan Bukit Bintang. Lepas tu kami terus ke Rumah Mamak Eng. Waktu kami sampai, Mamak Eng nak menghadiri kenduri dengan Abang A-an. Mak Cik Limah pergi Umrah. Kami makan malam and naik tido, esok tu kami bangun macam biasa, sarapan dan daftar kat Taylor’s.

Kat rumah Mamak Eng memang best. I met Aisha, Fatima and Khadija. Anak2 Abang Riduan dan Kak Yanti. Aisha is very smart and cute little girl. Peramah jugak. Fatima and Khadija cute and shy twin. Selalu aku tengok dalam Facebook je gambar depa tu. Tapi, bila dah jumpa, memang best. Aku suka cakap dengan Aisha sebab dia ramah dan bijak.

Keluarga Mamak Eng semua baik2. Kak Liyana pun baik.

Abang Riduan guide ayah aku ke Taylor’s. Dia dan isteri serta anak-anaknya turut sama hantaq aku ke Taylor’s. Abang Riduan is very kind. So do his wife. Mamak ‘É, Abang Wan dan Kak Ana bertolak ke rumah Kak Ani pada malam kami sampai ke rumah Mamak Eng. Lepas maka malam kat rumah Mamak Eng, depa bertiga bertolak ke rumah Kak Ani kerana hari aku daftar kat Taylor’s ni, Kak Ani Buat kenduri sikit kat rumah dia. Lepas daftar kat Taylor’s, briefing n makan pa semua, aku bertolak ke Casa Subang, tempat yang akan aku tinggal selama setahun. Aku menaiki bas, manakala family aku menaiki kereta dengan berpandukan Garmin ke Casa Subang.

Kampus aku...

Casa Subang

Waktu briefing oleh MARA, aku jumpa kawan baru. Fareez. Ex-SASER. Hanya kami 2 orang sahaja lelaki yang mendaftar kat Taylor’s under MARA. Yang perempuan under MARA ada 6 orang sahaja. Waktu dok tunggu bas, family aku jumpa dengan anak Dr. Salwani. Aku tak tau nama dia apa, tapi depa(kawan2 SMK Baling) panggil dia Ira. Dia masuk bulan Januari guna result trial SPM. Pandai gila kot budak tu. MRSM Taiping.

Sampai je kat Casa Subang, aku daftar dan ambik kunci dan access card. Then kami angkut barang2 ke rumah aku. Aku dapat bilik single. Yang lain 1bilik 2orang. Aku 1 bilik, 1 orang. Ada 4 bilik semua. Dalam rumah ni ada 4 orang termasuk aku. Yang sorang tu budak ICPU (International Canadian Pre University). Tak lama lagi dia akan fly ke Vancouver. Lagi 2orang budak Foundation In Science sama dengan aku jugak. Tapi depa masuk bulan 1 guna trial SPM punya result. Dan akan ada lagi orang yag akan masuk ke rumah ni.

Lepas2 siap angkat barang, ayah pun bertolak balik. Bukan terus ke rumah, tapi singgah kat rumah Kak Ani dulu. Makan kenduri. Ayah tidur semalam kat situ, pastu bertolak ke Cameron Highland. Hari first aku kat Casa Subang, aku kemas2 barang dan try kasut sukan baru. Tapi…..

Kasut belah kiri ketat sangat. Rupanya silap saiz. Waktu beli tu memang la beli saiz 8. Tapi entah macam mana sebelah kanan saiz 8 tapi sebelah kiri saiz 7 1/2.

Arghhh!!! Tension…

Dahla laptop kecik ni tak boleh nak connect dengan internet*, kasut pulak buat hal. Dah la lusa tu nak pakai dah. Pening betol.


petang tu aku keluar jalan2 kat MYDIN dan Summit Shopping Complex dengan Fareez. Lenguh kaki. jauh kami berjalan, pusing2 kat Summit lagi...


Malam tu abang Syrol dan Abang Harith keluar tengok wayang. Cerita green lantern. Aku dok sorang2 kat rumah. Aku buat apa tah. Tak ingat.

Esok tu (Ahad), pagi aku pi makan roti canai kat kedai mamak dengan abang Syrol dan abang Harith. Then aku kemas rumah. Silap… aku kemas dapur. Semua barang yang tak guna dah, makanan2 yang dah expired dan macam2 lagi yang menyemakkan dan mengotorkan dapur, aku buang semua. Aku kerosek (loghat Kedah- selongkar) seluruh dapur. Semua perkakas yang boleh digunakan, aku simpan di tempat yang tertentu mengikut kelasnya. Kalau mug, aku letak kat bahagian mug. Pinggan pun macam tu jugak la seterusnya.


Selepas aku selongkar, aku rasa menyesal sebab beli pinggan, mangkuk, mug dan sudu kat tesco tu sebab lepas aku siap kemas semua, aku dapati ada lebih kurang 30 mug dalam rumah ni tidak termasuk yang aku. Pinggan ada 11, mangkuk ada 6 dan sudu, garpu, pembuka tin, sudip dan senduk semua ada. Aku cuci rice cooker yang kotor sebab terlalu lama dok dalam almari. Depa tak guna pun. So, aku guna la.



Isnin malam selasa tu aku masak nasik dan sardine guna rice cooker. Petang selasa aku perangat (loghat Kedah- panaskan semula) sardine yang lebih dan aku panaska roti yang dok dalam peti ais guna microwave. Aku rasa dah lama depa tak guna microwave dan bila aku sampai, aku yang guna microwave dan rice cooker tu. Sekadar selingan.


Petang tu, Hazim dan Nabil baru balik dari kampung. Depa pun FIS (Foundation In Science) macam aku jugak. Cuma depa dari MRSM dan depa masuk pada bulan 1 guna result trial SPM. Maknanya depa senior aku selama 6 bulan. Waktu makan tengahari tu aku try rice cooker tu. Aku masak nasi sikit je sebab nak test rice cooker tu je. Pastu aku beli ayam goreng seketul kat kedai kat tingkat 1.


Hazim kata ada penjaga kami semua nak jumpa dan nak ajak main futsal. so, petang tu abang Riduan hantar kasut sukan. Katanya pinjam yang Abang A-an dulu. Abang A-an ada kasut lebih. sebenarnya aku mintak tolong Abang Riduan hantar kasut bukan sebab aku nak main futsal. tapi sebab esok tu aku nak pakai ke kelas. tapi tak pakai pun. Abang Riduan cakap, kalau ada masalah apa2, juz bagitau kat dia. dia kata kalau ada adik beradik kat sini tapi tak boleh nak mintak tolong, tak dak guna jugak. so, dia cakap, kalau ada masalah, bagitau dia. aku kesian la jugak kat dia. nak ganggu masa dia dengan family dia. lagipun, aku ni segan sikit nak mintak bantuan orang. kalau dah terdesak sangat je, baru aku mintak tolong. Abang Iduan, THANKS...

Malam tu Prof (nama panggilan je. Nama sebenar Dr. Adnan Omar)  iaitu pakar psikologi atau kaunselor kat Campus aku ajak budak2 Melayu Islam lelaki main futsal. Beliau macam bertanggungjawab la menjaga kami, buat usrah da macam2 lagi. Lepas berkenalan dengan beliau kat surau dan beberapa orang lagi senior, aku, fareez dan prof naik kereta beliau ke gelanggang futsal. Ada yang berjalan dan ada yang naik kereta senior lain. Akhiar(ex-KP SBPI Sabak Bernam- Biasiswa Bank Negara) naik dengan prof jugak.


Kami main futsal malam tu. Aku rasa ukhuwah pada waktu tu memang sangat hebat. Macam keluarga. Lepas main futsal, prof cakap sikit. Dia bagi 2 ayat al Quran dan 1 hadith sebagai motivasi dan peringatan buat kami semua. ayat2 tersebut ialah...

Ayat al-Quran 1:
(Surah Al-An'am, ayat 162)  قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

Ayat al Quran 2:
(Surah Al-Fatihah, ayat 5)  إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Hadith:

Maksud:
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafsin 'Umar Ibnil Khattab r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan...............

lepas prof habis bercakap, kami semua bersalaman seperti orang arab...

kami bersalam dan bercium pipi.-gambar hiasan

lepas tu prof ajak semua yang main tu ke kedai mamak depan MYDIN. kami semua makan kat situ dan prof belanja kesemuanya. dekat 20 orang jugak la.

lepas tu kami berjalan balik ke rumah dan tidur....

Alhamdulillah...

* internet tak boleh connect sebab abang Harith silap bagi password.

#hari pendaftaran kat taylor's: 25 Jun 2011, Sabtu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun