Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Monday, 20 June 2011

Dugaan + Sabar + Tawakkal = Hikmah & Rezeki = Syukur...

Bismillahirrahmanirrahim...

lamanya tak update blog... rindu la. dok ingat nak update, tapi sedikit sibuk dan ujian Allah datang melanda, rupanya ada hikmah di sebaliknya. ni cerita yang terjadi Ahad minggu lepas selepas habis cuti pertengahan tahun yang 2 minggu tu.


pada hari ahad baru2 ni, seorang kawan aku, Rosman, datang ke rumah aku di Kampung Lalang ni. dia dok kat Jitra, kawasan bandar yang maju saja2 datang bercuti-cuti kat rumah aku yang ada la jugak suasana kampung. aku bawak dia pi berendam kat Air Panas Ulu Legong. hari ahad rosman sampai tu, aku memang rasa sikit2 dah nak demam. dan sepanjang 5hari ahad sampai isnin tu memang aku demam la. aku rasa tu la demam aku yang paling teruk selepas demam aku yang paling teruk 12 tahun yang lalu. sekarang umur aku 18. kira sendiri la dah berapa lama tak demam teruk macam ni.


ok. aku bukan nak cerita pasal demam, tapi aku nak cerita pasal lain. walaupun begitu, demam ni pun ada jugak kaitannya degan cerita aku ni.

macamana nak mula ek? ok. dalam entri aku yang lepas, aku ada cerita kan yang aku dapat Taylor's University under biasiswa MARA. So, beberapa minggu lepas, maybe dalam 6 Jun tu kot, aku dapat surat dari MARA pulak. hari tu dapat surat  dari Taylor's. tak pa la. nak dijadikan cerita, aku tengok struktur yuran pengajian yang Taylor's bagi.

Semester 1 : RM 10,555*
Semester 2 : RM 9,850**

* Yuran Pengajian : RM 8,050
   Yuran Pendaftaran : RM 650
   Resource Fee : RM 1,800
   Lab coat and gogal : RM 55

** Yuran Pengajian : RM 8,050
     Resource Fee : RM 1,800

yang tu semua yuran untuk kat taylor's. yuran untuk asrama RM800 (Hostel Admin Fee) dan RM 200 (Hostel Fee). maknanya RM1,000.

semua ni dari kertas struktur yuran untuk Foundation in Science yag Taylor hantar kat aku. dalam 1 kertas lain pulak dari Taylor's jugak kata aku kena bayar RM 1,650. RM1000 untuk hostel, RM 650 untuk yuran pendaftaran.

tangguh sat pasal surat dari Taylor's



**************************************************

Masuk pulak pasal surat dari MARA...

dalam surat dari MARA pulak kata aku dapat pinjaman pelajaran sebanyak RM 21,260.

Yuran Pengajian : RM 16,100  (RM 8,050 x 2 semester)
Elaun Bulanan : RM 5,160  (RM 430 x 12 bulan)

dari apa yang dia bagi kat atas, bermakna, MARA hanya tanggung  YURAN PENGAJIAN SAHAJA selama SATU TAHUN dan bagi elaun sebulan RM 430.

MAKNANYA!!! yuran2 lain semua aku kena tanggung sendiri!!!

SEMESTER PERTAMA : RM 3,505
SEMESTER KEDUA : RM 1,800

ADOYAI!!!


untuk pengetahuan hangpa, aku call MARA, dia sendiri cakap kata dia hanya tanggung yuran pengajian. dan aku boleh buat kesimpulan bahawa yuran2 lain aku kena bayar sendiri. aku call MARA pada hari selasa lepas. lepas tu Rosman saja2 baca buku pasal School of Medicine yang Taylor's bagi tu. dia discover program pathway yg aku tak sempat nak discover. lepas aku habis foundation kat situ, aku kena sambung lagi buat Medical Degree Transfer Program (MDTP) kat situ jugak selama 2 tahun.

DAN aku YAKIN yuran2 lain selain yuran pengajian, kena tanggung sendiri la... Sem 1, 5ribu lebih. sem2,3,4 dekat 4ribu lebih.


bila aku bagitau kat ayah aku, ayah aku ketaq tangan sebab tak tau mana nak cari duit. nak bayar RM1,650 yang macam Taylor's bagitau pon puas memikir nak cari duit. ni pulak sampai 3 ribu lebih. gaji bersih ayah aku RM 1,200 je. nak sara keluarga, adik2 aku sampai 4 orang. baru 15hari dapat gaji, dah pokai. nasib duit untung mak aku meniaga boleh tampung jugak sikit2.


**************************************************

selepas hantaq rosman ke stetsen bas pagi tu, aku ke hospital baling untuk buat medical checkup. malam tu kami 1 family kuar pi Billion(saja2 sebab boring dok kat rumah). ayah aku saja la pi amik kupon yang macam peraduan "gores dan menang" la(tapi ni yang sah punya). ayah aku buka kupon tu dan ayah aku menang hadiah apa tah. tapi sangat special la. kupon yang ayah aku dapat tu hanya ada 6 saja dalam Malaysia dan kupon tu hanya dikeluarkan sempena Hari Bapa.


ayah aku dapat hadiah dapur elektrik yang sangat jimat tenaga elektrik dan water purifier yang akan diservis oleh pihak tersebut sepanjang hayat secara percuma. ayah aku memang teringi sangat2 dapur tu sebab dapur kat rumah aku selalu tersumbat dek kerana gas yang kadang agak 'kotor'(berhabuk) menyebabka api jadi kecil.

dapur elektrik- bukan yang sebenar, lagi canggih...


tapi untuk dapatkan hadiah tu, ayah aku kena beli sebuah vacuum yang agak berjenama dengan harga RM 2,888. boleh bayar tiap2 bulan sebanyak RM80. ayah aku dok ingat nak ambik dah. last2 tak ambik pun. syarat dia, kupon cuma boleh guna ari tu je dan barang yang dibeli tak boleh dijual kepada orang lain. balik rumah rasa menyesal pun ada jugak sebab tak beli. tapi bila pikir2 balik, bagus jugak tak beli tak perlu tambah masalah kewangan dengan nak tanggung aku lagi. sabar jela...



**************************************************

hari khamis, aku call MARA lagi untuk tanya beberapa soalan. then aku try call Taylor's untuk tanya beberapa soalan. entah kenapa aku pi tanya pasal kertas struktur yuran yang depa bagi tu. dan lelaki tu menjelaskan dengan panjang lebar kat aku.

akhirnya...




ALHAMDULILLAH!!!


aku tak kena bayar semua yuran2 lain tu  yang sampai 3 ribu lebih tu. lepas apa semua dia jelaskan kat aku, aku tanya dia, "Memang pasti?" dan dia jawab dia pasti. dia kata yuran2 lain tu semua dia akan bilkan kat MARA. aku bersyukur sangat dan aku bagitau kat dia yang aku sangat risau kalau aku kena tanggung semua yuran2  lain yang banyak tu. aku cerita gaji ayah aku pa semua. dia kata, jangan risau dan nanti dia akan tolong uruskan apa2 yang lain.

so, aku kena bayar RM 1,650 saja. yuran pendaftaran RM 650 dan yuran asrama RM 200. Hostel Admin Fee yang sebanyak RM 800 kena bayar nanti akan dipulangkan balik selepas aku tamat foundation nanti.

memang terbaik! aku dok kat tempat yang 'mewah'. (aku tak tau la cain kawan aku kata tempat tu mewah). mamak Eng (Datuk Ibrahim), pakcik aku tu, beliau kata kampus aku tu memang elok sangat2 dan rumah beliau dekat dengan tempat aku tu. hostel aku sama dengan basil dan memang aku rasa hebat la kondo tu. aku dok kat IPTS, pakaian bebas pulak tu. haha... jangan jeles cain.


so yang tu je la. dugaan pertama, aku dok sangka kena bayar banyak sangat duit.. dugaan kedua waktu ayah aku nak beli dapur elektrik tu. hikmahnya, kena bayar sikit ja. aku pernah tengok kat 1 blog tu dia kata, "Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita nak"... mula aku kurang setuju sebab aku rasa Allah akan bagi apa yang kita nak saja. dan sekarang baru aku paham, Allah bagi apa yang kita memang perlu dan pa yang kita nak. sebab, benda yang kita nak, kadang2 kita perlu. betoi tak? Wallahua'lam...

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

  1. what the.... >.<'''' ngek ang syamim... :p

    ReplyDelete
  2. Salam..saya baru lepas spm,...saya tanya beberapa soalan mengenai taylor uni...kalau tk keberatan boleh saya dptkan number contact awak atau fb ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun