Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Friday, 27 May 2011

Spaghetti or Vermicelli??? I love both!!! (Tips untuk Interview Biasiswa MARA)

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni aku buka nak cerita pasal menu masakan atau pun perbandingan da pebezaan antara spaghetti atau vermicelli. tapi jari ni aku nak cerita pasal interview MARA yang agak pelik berbanding tahun2 sebelumnya.

ok, sapa yang lahir tahun 1993 mungkin ramai yang dah tau apa yang calon interview MARA kena buat. tapi, untuk orang yang tak tau, ni aku nak cerita.

Alkisah.......... Pada suatu hari sang kancil beramai-ramai datang mengadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firaun.... hahaha.... aku suka part tu..

ok2. serius...

ok. aku tak berapa ingat bila tarikh boleh check sama ada dapat atau pun tak, interview MARA tu. tapi bila aku check, ni la surat yang aku dapat...


haaaa... aku pun bersyukur la sangat2.. lepas tu aku pun sibuk la fotostat sijil la macam2 pa semua la. sahkan sijil. malam sebelum interview tu, aku baru siap susun sijil, buat table of contents untuk fail sijil2 aku yang ori. aku isi borang pun malam tu la jugak. pukul 2 baru aku masuk tidur. masuk tidur pun belum tentu boleh lena lagi.. aku rasa malam tu aku lena dalam pukul tiga kot. esok pagi tu aku bertolak dengan ayah aku ke Alor Setar. Ayah aku pun tak tau kat mana bangunan MARA kat alor star nu. nasib baik la ayah aku teringat kat kawan muallaf beliau, Mazlan. pak cik mazlan ni dulu aku kecik2 selalu la jugak pi rumah dia kat baling. la ni pakcik mazlan dok kat alor setar keja kat al bukhary. memang pegawai besar jugak dia. kami berhenti kat kedai roti canai dan makan2 dulu sambil pakcik mazlan bercerita pengalaman dia kerja kat al bukhary tu. lepas tu, pakcik mazlan tunjukkan aku dengan ayah aku bangunan MARA. sampai bangunan MARA, a ku pun pakai blazer pa semua, pastu masuk ke tingkat 1. dok kat situ sat. ada la 3-4 orang parents yang dok tunggu anak depa. aku memang ketag jugak la time tu sebab setahu aku, aku sorang je yang kena 26hb. kwn2 aku yg len semua pakat kena 25 dan 27 hb.

Tiba2.........





Suhail pun tiba. A lot of relief to me... huhu. Alhamdulillah. mula2 Allah hantaq pakcik Mazlan untuk tolong tunjukkan jalan. pastu Allah hantaq suhail pulak. Thanks Allah... seronok tak terkata la. lepas suhail dok sat bagi hilang letih, kami berdua naik lif ke tingkat 4. parents kena tunggu kat bawah ja.

sampai tingkat 4 ada 4orang yang akan interview sekali dengan aku. amzar, laila, shifa dan husam. aku dan suhail pi masuk kat satu bilik tu. bilik pendaftaran kot. kami bagi sijil2 yang dah fotostat berserta borang permohonan pastu kena sign2 sikit. pastu aku dengan suhail pi beramah mesra dengan depa yang sampai awal lagi tu. sembang2 sikit. pastu yuhana dan sham pun baru sampai. dok sat, kak yang dalam bilik pendaftaran tu panggil suruh dok kat kerusi tepi bilik temuduga tu. pastu, kumpulan yag kena interview awal lagi dari kaw=mi pun keluar. tengok2 acap yahya pun keluar sekali. tak sangka pulak dia nak ada sekali. sembang2 sikit tak sampai seminit, kami kumpulan seterusnya masuk pulak. aku ternampak spaghetti dalam penutup kotak kertas jenama INDAH KIAT. hah, sah2 dah kena buat spaghetti bridge.

sebelum aku pi interview tu memang la aku dah tanya beberapa orang kawan aku yang pi interview MARA jugak. Rosman(ex-ikups) kata kena buat spageti bridge. syahirah alias(ex-smkb) yang pi interview dengan rosman cakap benda yang sama. soalan pun syahirah dah cerita kat aku sikit2. tapi aku tak ambik berat sangat sebab both depa amik course engineering. tak kisah la kalau kena buat jambatan spageti. aku ni dengan group aku yang amik medik dan dentistry takkan kena buat benda yang sama. aku dok bajet geng medik kena operate tikus ke apa ke.

padahal...

kena buat jambatan spageti jugak....



tak pa la... kami masuk dan berdiri di hadapan 3 orang interviewer. sorang laki, 2 lagi perempuan. yang laki tu bangun dan baca arahan dalam bahasa inggeris. dah la suara slow, tak clear pulak tu dia baca. antara arahan yang dia baca tu lebih kurang macam ni...(aku translate dalam bahasa melayu)

"anda dikehendaki membina sebuah jambatan menghubungkan 2 buah meja menggunakan 1kg spageti, segulung benang dan gunting dalam masa 30 minit. anda hanya dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa inggeris sahaja. selepas siap, jambatan anda akan diuji dengan beban seberat 500g{aku tak pasti sama ada 500g atau 1kg} selama 30 saat.(ada lagi dia bagitau kriteria pemarkahan tapi aku tak tau pa pun)"

kami pun buat la jambatan tu. lantik ketua sorang. amzar(ex-SASER) jadi ketua. kami pun buat kerja sama2. aku dengan yuhana ikat spageti yang banyak tu buat bundle. spageti panjang dalam 20-25cm je. jarak antara 2 meja pulak dalam 40-45cm kot. mula2 buat bundle dulu spageti tu. pastu sambung bagi jadi panjang. pastu baru kami buat bagi jadi lebar. mula2 memang tak yakin nak support tin sardin king cup saiz besar sebab bila tekan sikit, bridge tu akan jadi lendur. selepas 30 minit, interviewer laki tu letak tin sardin king cup yang saiz besar tu atas bridge tu. Alhamdulillah. lepas 30 saat,jambatan tu masih kukuh. spageti bridge kami tak la secantik gambar kat atas tu. tapi yang pasti, jambatan yang kami buat menggunakan spageti dan panjang sebatang spageti tak cukup untuk menghubungkan antara 2 meja.

bukan spageti yang dah masak macam ni...(hihi)

selepas siap tu, interviewer tu suruh berdiri dalam barisan untuk sesi bertanya soalan. opps.. lupa nak bagitau. waktu 30minit dok membina jambatan tu, depa amik markah jugak. mungkin depa tengok cooperation kot. sesi soalan, dia akan tanya 8 soalan. sapa nak jawab angkat tangan. seriously aku cakap, aku tak angkat tangan langsung. sampai kat soalan last, takkan aku tak nak jawab sebab ahli group aku dah jawab sorang satu soalan. aku pun angkat tangan dan jawab. apa dia soalan tanya dan apa yang aku jawab, aku pun tak tau. dah la tergagap2. cakap merapu pulak tu. nasib ada ahli group aku yang tolong sikit2.

so lepas aku jawab, inteviewers tu ucap terima kasih. sebelum keluar, kemas balik spageti tu semua. lepas kemas, kami pun keluar bilik interview. pastu kami sembang sikit2, mintak no fon pa semua. then turun. aku sempat jugak bergambar dengan husam, suhail, dan sham kat bangunan MARA tu.

Husam, Aku, Suhail

Aku dan Sham

lepas siap bergambar, aku dengan ayah aku berjalan la ke kereta. TIBA2......





ada DUA PASANG PENUNGGU telah memblok aku da ayah aku dari masuk kereta...

aduh. masalah besar ni. aku dengan ayah aku memang takut betol kat penunggu ni. dah la penunggu tu pun orang selalu cakap jenis kacau orang dan serang orang.

aku buat2 berani dengan harapan penunggu tu akan blah dari situ. tapi yang sepasang penunggu ni buat2 nak serang aku. takot gila. aku pun lari patah balik la. malu betoi dengan orang yang dok tengok gelagat kami 2 orang. tak lama lepas tu, sepasang penunggu merah kelabu nak balik tempat asal dia dah kot yang tak jauh dari situ. sepasang penunggu hitam putih ni maybe takut kot kat penunggu merah kelabu. so penunggu hitam putih pun balik kat tempat asal la kot. baru selamat. aku pun naik kereta dengan ayah aku balik terus ke rumah.

yang ni je la kot yang aku nak cerita kat dalam post kali ni.

sapa nak tengok esei MARA aku, bleh la klik kat sini.
kalau nak tengok himpunan esei MARA yg orang lain punya yang aku jadikan rujukan, buleh klik sini.

sekian...

*sepasang penunggu merah kelabu: ayam belanda
**sepasang penunggu hitam putih: itik angsa

haha..... ;-)

ALHAMDULILLAH...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun