Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Sunday, 29 May 2011

Blackberry??? Jenama BARU! : Mulberry...

Bismillahirrahmanirrahim...



hehe....

dalam post kali ni, aku nak buat kelainan sikit sebab aku nak promosi pokok, buah dan daun mulberi(family aku panggil raspberi).



mesti hangpa semua tertanya2 sebab apa aku tiba2 nak buat post pasal ni. kan2?? sebenarnya aku dok dengar2 orang kampung dan ayah aku sembang2 pasal pokok ni. dengar cerita kata mahal sangat pokok ni dok jual kat pasar2 malam, pasar tani, pasar hari, pekan rabu, pekan ahad dan macam2 lagi la. sepokok kecik yang panjang dalam 20cm pun dah berharga RM12!!!


haaaa.....

memang mahal beb.. dulu pokok ni tak famous, orang tak layan pun. tapi lepas RTM ke TV3 tah yang buat dokumentari pasal teh mulberi, terus pokok tu jadi femes.
sebenarnya pokok tu biasa2 je. tapi buah dia sedap la. buah dia ada 3 warna.
1. hijau(putik)
2. merah(pramatang)

3. blue-black(matang)


aku taktau la sangat khasiat buah ni tapi memang menjadi kebiasaan la buah spesies berry ni ada Vitamin C. buah dia boleh buat jus dan jem. khasiatnya ialah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah. so memang sesuai la untuk orang yang ada diabeties. selain itu dapat juga mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kolestrol dalam darah. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin(yin dan yang) dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah kencing tak lawas, pening dan masalah sembelit warga tua.Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair(interstitial fluid), mulut mereka akan kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.



Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.

masuk pasal daun dia plak. daun dia ni macam daun la. yang tak peliknya, daun dia berwarna hijau. memang tak pelik pun. daun dia boleh dikeringkan dan boleh buat teh. kalau tak keringkan pun tak pa jugak. ambik je daun yang segar, ramas2 sikit, bubuh dalam cawan dan tuang air panas. nak rebus terus pun boleh. asal daun dia dulu dibawa masuk ke Malaysia dari China untuk projek ulat sutera kat Terengganu. sapa2 yang ada bela kambing atau lembu atau arnab, daun mulberi ni sesuai untuk diberi makan kepada hampir kesemua binatang ternakan sebab protein dalam daun dia tinggi.




dari maklumat aku dapat dari dokumentari, khasiat daun dia ni ialah mengandungi anti-oksidan yang sangat baik untuk kesihatan dan mengandungi bahan anti-kanser. Daun Mulberry juga dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. kesimpulannya, banyak faedah yang boleh kita dapat dari pokok mulberi ni.

apa2 pun, SILA DAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENGAMAL PERUBATAN bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Tips2 bagi anda yang ada dan bakal ada pokok mulberi ni:

1. sentiasa petik buah mulberi yang dah matang sahaja sebab ia akan luruh  bila tak dipetik.

2. selepas habis buah, potong  ranting2/dahan2 pokok mulberi sampai 'botak'. nanti buah akan berputik kembali dengan banyak.

3. buah dia boleh dibuat jus dengan merebus dan amik air rebusan dia. gunakan penapis. kalau buat kordial tanpa pengawet, pastikan anda simpan kordial anda salam peti sejuk. kalau terdedah kepada suhu melebihi 25oC, ia akan menjadi wain. pernah jugak jadi. aku terbuat secara tak sengaja. mak aku buat kordial, bubh dalam botol, pastu bagi kat aku. aku simpan dalam lokar dorm waktu dok kat asrama dulu. lepas sebulan lebih, aku try minum. memang keras!!! JANGAN BUAT!!!

yang tu je kot tips. kalau ada lagi, nanti aku update.

so, kat sini ada la promosi sikit. sapa2 nak anak pokok mulberi ni, boleh la datang ambik sendiri kat rumah saya di alamat di bawah dengan harga RM7. (harga boleh dirunding:negotiable)

harga bagi pembelian melebihi 10 pokok ialah RM5. (harga boleh dirunding:negotiable)

Hadapan Klinik Kesihatan Kampung Lalang,
Mukim Siong,
09100 Baling,
Kedah.

atau boleh telefon nombor ni...
019-4467958 (Harun)

Alhamdulillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun