Islamic Widget

Iklan Nuffnang

Monday, 23 May 2011

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...



Aku tak tau dah macam mana lagi aku nak bersyukur kat Allah. Memang Allah dah bagi macam2 kat aku, lepas kejayaan aku dpt straight A dlm SPM 2010, aku dpt tawaran untuk interview MARA utk pi oversea. lepas tu, aku pun tak sangka yang aku boleh berjaya dalam interview MARA tu. Yang aku tau dlm lapan orang yang 1 group dengan aku tu, aku yg paling worst. yang lain semua gila2 punya speaking English. tapi aku tak putus2 berdoa kat Allah . Ni ranking ahli group aku yang paling 'cekang' speaking English(atas penilaian aku ja... jangan terasa sapa2 yang berkaitan tau...)

1. Amzar (ex-Sains Seremban[SASER])-Kolej Mara Kuala Nerang
2. Suhail Anwaar (ex- 5 Ihsan kat SBPI Kubang Pasu[i-KuPs])Kolej Mara Banting
3. Laila (ex-Sultanah Asma)
4. Sham (ex-SMSAH)
5. Yuhana (ex-SMSAH)INTEC
6. Husam (ex-Maktab Mahmud Alor Setar)
7. Shifa (ex-Sultanah Asma)
8. Syamim {aku la tu...} Kolej Taylor

huhu...

apa aku merepek ni. dah terlari tajuk ni. xpala. sekadar nak bercerita. juz aku nak bagitau kalau sapa2 ada terbaca post ni, juz nak bagitau kalau kita selalu mintak kat Allah, Inshaa Allah, Dia akan bagi kat kita. tapi kita jangan tak berusaha langsung. usaha kena la, tapi sekadar yang kita mampu. jangan kita usaha sampai lupa tanggungjawab kita yang lain. obses sangat pun tak boleh. lagi satu syukur. bukan susah pun nak kata Alhamdulillah. susah ke? cuba kata tengok. Alhamdulillah... nak panjang sikit, Alhamdulillahi rabbil 'alamin. nak bunyi sedap sikit, buat tarannum sikit(macam anuar azman-i-kupian). sebenarnya tak susah untuk kita bersyukur. cuma kadang2 kita terlupa. btoi dak?

aku nak bagi beberapa analogi kat hangpa smua tentang apabila kita berdoa dan makbul atau x doa kita...

1. Kita tak buat banyak dosa2 besar kat Allah, dan Allah makbul doa kita...(rezeki)
-sama jugak macam kita nak mintak aiskrim kat kawan kita. bila kita xbuat banyak salah dengan kawan kita, mesti kawan kita bagi aiskrim kat kita.

2. kita buat banyak dosa besar kat Allah, dan Allah makbul doa kita...(cobaan)
-sama macam bila kita buat salah macam2 kat kawan kita, pastu kita mintak aiskrim kat dia. kalau dia bagi tu mesti dia nak tengok kita ni berterima kasih dan insaf dengan semua kesalahan yang kita dah buat kat kawan kita tu.

3. kita tak buat banyak dosa2 besar kat Allah, dan Allah tak makbul doa kita...(cobaan)
- kita xbersalah dengan kawan kita, tapi kawan kita tak nak bagi aiskrim kat kita. mungkin kawan kita nak test kita. kawan kita nak tengok sama ada kita xmau mintak dah kat dia ataupun terus dok mintak kat dia.

4. kita buat banyak dosa kat Allah, dan Allah Tak makbul doa kita...(berdosa)
-memang sah2 la xdapat aiskrim. dah buat salah besar kat kawan, kawan pun benci kat kita. bila dah benci, takkan la nak bagi aiskrim kat orang yang dia benci.

kesimpulannya sentiasa bersangka baik kat Allah.

BILA KITA TERLALU FOKUS TERHADAP SESUATU YANG KITA TAK DAPAT, KITA AKAN MUDAH MELUPAKAN APA YANG KITA PERNAH DAPAT.

cuba kita fikir, kalau kita mintak aiskrim kat kawan kita, kita merayu tarik seluar kawan kita sampai nak terlondeh hanya disebabkan nak aiskrim, rasa2 kawan kita nak bagi dak? mesti bagi punya! kalau tak bagi jugak, mesti kita buat salah dengan dia. kita mintak maaf pa smua, mesti lepas tu kawan kita bagi aiskrim kat kita.

macam tu la jugak bila kita berdoa kat Allah. mula2 kita mintak ampun kat Allah. lepas tu kita baru kita mintak hajat kita tu. mintak la selalu. Inshaa Allah dpt punya.

aku tengok video yang kawan aku post kat wall aku. memang motivasi yang padat dan sangat seronok. Dr. Asri bagi ceramah. memang best kat bawah pun ada.

lagi satu, aku tengok lu pikirlah sendiri nabil. aku tengok helmi gimik buat persembahan. aku tak tau la macam mana nak ulas. tapi motivasi dia memang cukup menarik. helmi gimik buat cerita...

sorang mat rempit telah patah kaki kanan akibat kemalangan ketika merempit...

mat rempit: doktor, apasal simen kaki kiri saya sedangkan kaki kanan saya yang patah?
doktor: kaki kanan yang dah patah biarkan patah. kita simen kaki kiri tahan jangan bagi patah.

(lebih kurang macam tu la ceritanya)

selingan ja kot cerita helmi gimik tu.

yang penting kita sentiasa bersyukur, berdoa dan berusaha. Allah akan bagi apa saja yang kita nak kalau kita mintak...

ni video Dr. Asri tu... tengok la. memang best... terima kasih kepada Iqbal yang dah suggest kat aku video ni...


Inshaa Allah... Wallahu a'lam...

ALHAMDULILLAH...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah istimewa!!!

Copyright © 2011 Syamim Harun